HEADLINES

‘Umat Islam wajib mendamaikan pihak bertelagah’

Kandungan khutbah turut menyentuh mengenai realiti hari ini yang memperlihatkan perpecahan dalam kalangan umat Islam akibat perbezaan fahaman, politik dan kepentingan peribadi

9:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Khutbah Aidilfitri tahun ini mengingatkan umat Islam bahawa mereka wajib untuk berusaha mendamaikan pihak yang bertelagah jika terdapat perselisihan atau permusuhan.

Khutbah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) yang bertajuk ‘Berdamai Dalam Dakapan Syawal’ itu turut menyentuh mengenai realiti hari ini yang memperlihatkan perpecahan dalam kalangan umat Islam akibat perbezaan fahaman, politik dan kepentingan peribadi.

Sebaliknya, umat Islam perlu menyedari bahawa perbalahan ini hanya melemahkan kekuatan dan memberi peluang kepada musuh Islam untuk mengambil kesempatan.

“Seterusnya takwa kepada Allah SWT yang disebut menjadi syarat utama agar untuk memperoleh rahmat dan kasih sayang-Nya,’’ demikian kandungan khutbah hari ini.

Oleh itu, dalam semangat Syawal, umat Islam harus mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam menangani perselisihan.

“Baginda sentiasa mengutamakan dialog, berlapang dada dan bersikap pemaaf dalam menyelesaikan konflik. Sikap ini bukan sahaja menjernihkan hubungan tetapi juga menguatkan kesatuan ummah.

“Inilah asas masyarakat madani yang berdiri atas sikap hormat dan ihsan yang telah dilatih melalui tarbiyah Ramadan,’’ katanya.

Khutbah Aidilfitri juga menyeru semua untuk menjernihkan hati untuk saling memaafkan, saling berdamai dan saling menjaga antara satu sama lain.

“Jadikan Aidilfitri sebagai satu platform untuk kita terus memperkukuhkan nilai-nilai keislaman dalam kehidupan seharian. Amalan seperti berpuasa enam hari di bulan Syawal, memperbanyakkan sedekah, serta menjaga hubungan baik sesama insan perlu diteruskan,’’ kata khutbah tersebut. – 31 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related