HEADLINES

100 rumah ditawar pada mangsa insiden letupan gas Putra Heights: MB 

Kerajaan negeri sedang mengenal pasti lokasi kediaman sementara kepada mangsa dan mereka dijangka memasuki rumah berkenaan mulai minggu hadapan

11:21 AM MYT

 

SUBANG JAYA – Sebanyak 100 rumah sementara bakal ditawarkan kepada mangsa insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tawaran itu dibuat menerusi skim SMART Sewa Selangor dengan sebahagian kadar sewaan akan ditanggung pihak kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri ketika ini masih mengenal pasti lokasi kediaman sementara berkenaan, selain mangsa dijangka memasuki rumah berkenaan mulai minggu hadapan.

“Lepas ini saya akan bertemu wakil Petronas untuk perbincangan langkah sementara bagi penempatan tempat tinggal sementara bagi mangsa-mangsa.

“Pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor ada menawarkan lebih 100 unit rumah kepada mangsa-mangsa dalam bentuk SMART Sewa.

“Jadi kalau semuanya berjalan baik dalam tempoh seminggu dua lagi kita boleh tempatkan mereka ini di rumah yang ditawarkan Airbnb dan SMART Sewa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bantuan kereta sementara Chery kepada mangsa di pekarangan Masjid Putra Heights di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han.

Seramai 25 mangsa menerima kenderaan daripada Chery Malaysia untuk kegunaan sementara selama sebulan mulai hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, penawaran kediaman sementara akan cuba diusahakan pihaknya seawal minggu hadapan dengan beberapa kawasan berdekatan dikenalpasti.

“Kediaman sementara itu kita akan tengok tawaran diberikan, tak semua di sini, tapi yang berdekatan kita akan tawarkan dulu.

“Ada di Sepang, Kota Warisan tak jauh dari sini, saya faham mungkin ada yang bersekolah dan sebagainya tapi ini tawaran sementara, pihak Airbnb juga akan verify dalam masa terdekat.

“Paling cepat minggu depan. Isnin atau Selasa, kita juga cuba selesaikan bayaran
Kalau lebih awal kita akan lakukan komitmen untuk sewaan dua hingga tiga bulan,” katanya.

Selain itu beliau berkata, beliau berkata, setakat semalam seramai 85 keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Sehingga hari ini 115 rumah yang sudah disahkan bomba berada dalam keadaan selamat.

“Hari ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memulakan beberapa langkah untuk mengawal privasi mangsa yang ditempatkan di sini (PPS). Kita akan hadkan pengunjung dan pelawat masuk ke PPS, tambah jumlah khemah di luar,” katanya. – 4 April, 2025

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related