HEADLINES

Perusahaan AI terkemuka China dijemput tubuh ibu pejabat di Malaysia: Anwar

Malaysia mempunyai sasaran untuk menjadi hab kepimpinan AI serantau dan perkara itu antara yang dibincangkan antara beliau dengan Gabenor Guangxi, Lan Tianli, Gabenor Guangxi dan delegasinya

5:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Malaysia menjemput perusahaan kecerdasan buatan (AI) terkemuka China untuk mempertimbangkan penubuhan ibu pejabat serantaunya di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ini kerana Malaysia mempunyai sasaran untuk menjadi hab kepimpinan AI serantau dan perkara itu antara yang dibincangkan antara beliau dengan Gabenor Guangxi, Lan Tianli, Gabenor Guangxi dan delegasinya.

“Saya maklumkan bahawa Malaysia menantikan Lawatan Negara Presiden Xi Jinping yang dijadualkan pada 15-17 April ini, justeru kami turut bertukar pandangan antaranya terkait dengan potensi perdagangan dua hala meliputi Asean termasuklah pengukuhan kerjasama AI dan Digital.

“Selain itu, kami turut menyentuh usaha-usaha memajukan Inisiatif “Dua Negara, Taman Berkembar” melibatkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), dimana terus menunjukkan kemajuan positif dengan 19 projek diluluskan bernilai RM25.68 bilion dengan jangkaan pewujudan lebih 10,000 peluang pekerjaan.

“Sehingga kini, RM20.77 bilion telah direalisasikan dengan 7,572 pekerjaan telah diwujudkan hatta ini menunjukkan manfaat ketara kerjasama Taman Berkembar kepada ekonomi dan tenaga kerja Malaysia,’’ katanya menerusi  menerusi hantaran di Facebook.

Anwar menerima kunjungan hormat daripada Lan Tianli, pagi tadi.

Menurut Anwar, China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia untuk tahun ke-16 berturut-turut pada 2024 dengan jumlah dagangan mencecah USD106.04 bilion (RM484.12 bilion).

Sementara Guangxi, katanya, sebagai pintu masuk China ke Asean memainkan peranan penting dalam memudahkan perdagangan dan pelaburan dua hala.

“Moga hubungan diplomatik Malaysia dan China terus berada pada tahap matang sehingga mampu menghadapi sebarang isu dan cabaran mendatang,’’ katanya. – 10 April, 2025.

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related