HEADLINES

Upacara penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah bermula 10 pagi tadi: Khairy

Penghormatan terakhir itu diawalkan daripada waktu asal iaitu 11 pagi memandangkan semua urusan pengurusan jenazah telah selesai dilaksanakan

10:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh mula hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bermula 10 pagi tadi di Masjid Negara.

Menantu Allahyarham Tun Abdullah, Khairy Jamaluddin berkata penghormatan terakhir itu diawalkan daripada waktu asal iaitu 11 pagi memandangkan semua urusan pengurusan jenazah telah selesai dilaksanakan.

“Alhamdulillah, pengurusan jenazah telah selesai dan persiapan pihak Masjid Negara juga telah pun siap sepenuhnya bagi pelaksanaan Istiadat Pengebumian Negara. Oleh itu, kita bersetuju untuk mengawalkan waktu agar orang ramai dapat hadir memberikan penghormatan terakhir,” katanya kepada pemberita di perkarangan Masjid Negara, di sini.

Abdullah, 85, yang lebih dikenali sebagai “Pak Lah”, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi. – 15 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related