HEADLINES

Polis rakam keterangan ketua pengarang Sin Chew hari ini

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

10:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR Polis akan merakam keterangan Ketua Pengarang dan Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, berhubung penerbitan Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit pada muka hadapan akhbar itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses berkenaan akan dijalankan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada 1 tengah hari ini.

Menurut Razarudin, keterangan diambil ke atas kedua-duanya memandangkan mereka meluluskan gambar bendera selain salah seorang yang merupakan  grafik ilustrator gambar bendera tersebut, lapor Berita Harian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya.

Semalam, Razarudin memaklumkan sebanyak 13 laporan diterima berhubung perkara berkenaan.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai ilustrasi Jalur Gemilang yang diletakkan bersebelahan bendera China tidak lengkap, tanpa bulan sabit di akhbar Sin Chew Daily.

Berikutan itu, Sin Chew Daily tampil memohon maaf atas kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

Sin Chew Daily juga dalam satu kenyataan semalam memberitahu ia sedang mengambil tindakan disiplin terhadap kakitangan yang bertanggungjawab atas imej bendera Malaysia yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang diterbitkan di muka hadapan akhbar tersebut tanpa lambang bulan sabit.

Akhbar tersebut berkata pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh berhubung insiden itu dan sejak itu telah memperketatkan prosedur editorialnya, khususnya dalam penggunaan alat AI untuk penghasilan kandungan. – 17 April, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related