HEADLINES

MCMC lengkapkan siasatan terhadap Kwong Wah, Sin Chew: Fahmi

Fahmi berkata terdapat tiga aspek siasatan iaitu di bawah KDN, polis dan MCMC

9:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melengkapkan siasatan terhadap dua akhbar iaitu Kwong Wah Yit Poh dan Sin Chew di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung isu Jalur Gemilang.

Menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, kertas siasatan berkenaan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Beliau memberitahu, terdapat tiga aspek siasatan yang dijalankan berhubung kandungan hantaran di akaun Facebook Kwong Wah Yit Poh serta gambar dalam akhbar digital Sin Chew yang memaparkan Jalur Gemilang dalam keadaan tidak lengkap.

“Ada tiga aspek siasatan. Pertama, siasatan di bawah KDN mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Kedua, siasatan oleh PDRM di bawah beberapa peruntukan termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Kawalan Mempamer Lambang Kebangsaan.

“MCMC pula menjalankan siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Bagaimanapun, saya tidak mempunyai maklumat lanjut berkenaan status dua siasatan yang lain,’’ katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Eid Synergy anjuran Persatuan Seni, Acara Langsung, Konsert dan Festival Malaysia (ALIFE) di sini hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai ilustrasi Jalur Gemilang yang diletakkan bersebelahan bendera China tidak lengkap, tanpa bulan sabit di muka hadapan akhbar Sin Chew Daily.

Ia mencetuskan kemarahan ramai dan berikutan itu, Sin Chew Daily tampil memohon maaf dan menjelaskan kesilapan itu berpunca daripada masalah teknikal.

Sin Chew Daily juga dalam satu kenyataan memberitahu ia sedang mengambil tindakan disiplin terhadap kakitangan yang bertanggungjawab atas imej bendera Malaysia yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang diterbitkan di muka hadapan akhbar tersebut tanpa lambang bulan sabit.

Sementara itu, pihak media Kwong Wah Yit Poh telah diminta oleh MCMC pada Rabu untuk memberikan penjelasan berhubung satu hantaran di akaun Facebook rasmi mereka yang memaparkan Jalur Gemilang dalam keadaan tidak lengkap.

Ia susulan tular di media sosial mengenai hantaran yang memaparkan muka hadapan akhbar tersebut dengan Jalur Gemilang yang tidak memaparkan lambang bulan sabit. – 18 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related