◉ HEADLINES

Bilik darjah, perpustakaan sekolah, kenderaan di TTDI terjejas akibat tanah runtuh, tiada mangsa terlibat

Komander Operasi PBK II Azkhan Hamdan, anggota bomba telah menjalankan penilaian awal bagi memastikan kawasan berkenaan selamat sebaik tiba di sana

1:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah sekolah antarabangsa dan beberapa kenderaan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang berlaku pagi ini akibat hujan lebat.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 7.18 pagi dan menghantar pasukan bomba dari Balai TTDI serta Sri Hartamas ke lokasi kejadian.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Menurut Komander Operasi PBK II Azkhan Hamdan, anggota bomba telah menjalankan penilaian awal bagi memastikan kawasan berkenaan selamat sebaik tiba di sana.

“Kejadian tersebut turut menjejaskan dua buah kenderaan dan sebahagian daripada bangunan sekolah, termasuk bilik darjah, bilik guru, tandas serta perpustakaan,” kata kenyataan berkenaan.

Bomba juga, katanya telah membuat ‘size-up’ bagi memastikan keadaan berada dalam selamat dan tiada mangsa yang terlibat.

“Tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” tambahnya. – 23 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related