◉ HEADLINES

Muhyiddin dibenar dapat sementara pasport, lawat kakak ipar sakit di Australia

Presiden Bersatu itu dibenarkan untuk mendapatkan dokumen perjalanan tersebut bermula hari ini sehingga 20 Mei depan

12:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan sementara pasport antarabangsanya bagi membolehkan beliau melawat kakak iparnya yang sakit di Australia.

Hakim Azura Alwi memberi kebenaran kepada Presiden Bersatu itu untuk mendapatkan dokumen perjalanan berkenaan bermula hari ini sehingga 20 Mei depan.

Permohonan Muhyiddin yang diwakili peguam Kee Wei Lon, tidak dibantah oleh pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat.

Pasport itu berada dalam simpanan mahkamah sebagai syarat jaminan selepas beliau didakwa dengan pertuduhan menggunakan kedudukan berkaitan Projek Jana Wibawa dan menerima hasil daripada aktiviti haram.

Muhyiddin, 77, sebagai Perdana Menteri ketika itu dan Presiden Bersatu, didakwa dengan empat tuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Muhyiddin turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac 2023 atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama. – 25 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Download RTM Klik to enjoy free FIFA World Cup 2026 coverage: Fahmi

Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil says Malaysians can watch the FIFA World Cup 2026 free via RTM Klik, MyTV and other RTM platforms, marking the first time in two decades that the tournament will be widely accessible at no cost

◉ Related