HEADLINES

Kemenangan Ayer Kuning bukti rakyat tolak politik berbaur perkauman: Fahmi

Menteri Komunikasi berkata jumlah majoriti dimenangi calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir juga meningkat, sementara undi yang diterima lawannya dari PN, merosot

3:29 PM MYT

 

SANDAKAN – Kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning membuktikan bahawa formula Kerajaan Madani berjaya menambat dan memenangi hati rakyat.

Jurucakap Kerajaan Madani Datuk Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata jumlah majoriti dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir juga meningkat, sementara undi yang diterima oleh lawannya dari Perikatan Nasional (PN), merosot.

“Daripada 20 pusat daerah mengundi, sebanyak 19 telah dimenangi oleh Kerajaan Madani. Ini satu petanda positif, namun kita tidak boleh leka… banyak yang perlu kita usahakan untuk memastikan kemenangan ini dapat diperkukuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di NADI Sim Sim, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat Datuk Frankie Poon, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Anggota Suruhanjaya bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Jen (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj.

Dalam pada itu, beliau berkata kaedah kempen sihat yang digunakan menjadi faktor pengundi di Ayer Kuning memilih Kerajaan Madani dan menolak pihak lawan yang memilih topik yang tidak relevan dengan penduduk setempat.

Fahmi berkata rakyat juga menolak kempen yang bersifat perkauman yang memecahbelahkan.

“Kita lihat, senang cakap, ini adalah penolakan terhadap politik berbaur perkauman. Rakyat Malaysia akan menolak perkara seperti ini, khususnya di Ayer Kuning. Mereka tidak boleh menerima dan mereka memilih perpaduan, serta menentang perpecahan,” katanya.

Mohamad Yusri, yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, memenangi PRK DUN Ayer Kuning dengan majoriti 5,006 undi setelah meraih 11,065 undi, menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada PN (6,059 undi) dan calon Parti Sosialis Malaysia, Bawani KS (1,106 undi).

Keputusan tersebut mengekalkan DUN Ayer Kuning sebagai kubu kuat BN yang telah dikuasai parti itu sejak 1986.

PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Februari lepas. – 27 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related