◉ HEADLINES

‘Culture of fear’ kian parah dalam Bersatu, ada pemimpin tertentu gertak ahli supaya tidak bersuara

Budaya ini khususnya dalam isu kepimpinan negeri dan pelan peralihan kepimpinan, kata sumber parti

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Budaya menakut-nakutkan (culture of fear) didakwa semakin membarah dalam Bersatu sehingga menyekat kebebasan pemimpin dan ahli untuk bersuara, khususnya dalam isu kepimpinan negeri dan pelan peralihan kepimpinan.

Mendedahkan kepada Scoop, sumber parti berkata, tekanan itu datang daripada pemimpin yang dilantik ke jawatan strategik oleh Presiden parti dan menggunakan kedudukan tersebut untuk mengugut serta menekan pemimpin lain yang berani mengkritik atau menyuarakan pandangan.

“Memang ketika ini dalam parti Bersatu ada ‘culture of fear’ yang semakin menjadi-jadi.

“Berpunca daripada beberapa individu yang dari segi kedudukan politiknya lemah, dan mereka bergantung talian hayat melalui lantikan jawatan yang diberi Presiden parti.

“..dan mereka ini mengguna kedudukan lantikan mereka oleh Presiden, menggunakan nama presiden untuk cuba menghalang pemimpin lain daripada bercakap.

‘Kalau bercakap pasal parti, mereka akan disergah oleh beberapa individu ini, macam-macam amaran diberi sehinggakan ramai daripada ahli parti ini terpaksa bercakap kepada media luar tanpa mendedahkan nama.

“Kalau nama terdedah, pasti kena ‘cantas’ dan macam-macam lagi gertakan termasuk tiada peluang untuk menjadi calon pilihan raya ,” katanya kepada Scoop hari ini.

Sumber berkata, situasi itu dikatakan menjadi lebih tegang susulan krisis kepimpinan Bersatu di Perak yang melibatkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Contoh yang berlaku dalam isu kepimpinan Bersatu di Perak melibatkan Peja (Ahmad Faizal), ada ahli yang menjadi sumber memaklumkan mengenai kewujudan akuan bersumpah (SD).

“Apakah benar SD itu wujud?, ya , namun sebelum sempat perkara ini diserahkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), ada sekumpulan kecil di kalangan ketua bahagian yang mahu pertahankan Faizal dan mereka buat penafian SD tidak wujud.

“Difahamkan lebih daripada 40 SD dalam kalangan ketua bahagian dan ketua sayap Armada dan Srikandi yang mahu Faizal ditukar daripada mengemudi Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) Perak.

“Cuma sekarang isu ini semakin terdedah di media maka diharap pemimpin atasan bertindak segera, tapi yang sangat mengecewakan, tidak ada pun tindakan lanjut,” katanya.

Menurut sumber, ramai pemimpin Bersatu di Perak mahukan seorang ketua yang serius untuk memimpin Bersatu memasuki pilihan raya, bukan seorang pelawak yang kerjanya mengadu domba dan ‘membunuh pesaing politiknya’.

“Dia (Faizal) gagal sebagai ketua di semua peringkat,” katanya.

Selain itu tambah sumber berkenaan, ‘culture of fear’ ini juga digunakan tokoh tertentu dalam parti untuk menghalang ahli berbincang dengan serius termasuk mengenai pelan peralihan kepimpinan yang dicadang Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Julai tahun lalu.

“Mereka gunakan ‘culture of fear’ untuk mendiamkan banyak pemimpin yang membangkitkan persoalan keputusan dibuat tahun lepas oleh presiden berkenaan pelan peralihan itu.

“Ramai pemimpin Bersatu bercakap sesama sendiri mengenai keperluan perubahan kepimpinan dijalankan segera mengikut susunan yang diumumkan presiden Julai tahun lepas.

“Janji dah pun dibuat, tapi tidak ada yang berani bercakap secara terbuka kerana ‘culture of fear’ itu yang dah menjadi-jadi, ada yang diugut supaya tidak membincangkannya.

“Jadi isu-isu sebegini membuatkan jentera parti juga tidak berfungsi, disebabkan kepimpinan tidak mahu mendengar pandangan,” katanya. – 9 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related