HEADLINES

Polis rampas dadah lebih RM16 juta, tahan 5 lelaki

Suspek dipercayai mendapat bekalan dadah jenis syabu itu dari Kelantan dan menggunakan kereta sebagai tempat penyimpanan dadah, kata Ketua Polis KL

5:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM16.01 juta selepas menahan lima lelaki dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata dua individu termasuk warga Filipina, masing-masing berusia 41 serta 31 tahun ditahan di Jalan Mamanda 1, Ampang dalam serbuan pertama pada 5.50 petang, 29 April.

Beliau berkata polis berjaya menemukan 56 bungkusan plastik berisi dadah jenis syabu seberat 58.42 kilogram (kg) dalam kereta Honda City yang dinaiki suspek dan hasil soal siasat telah membawa kepada pemeriksaan terhadap sebuah lagi kereta jenis Honda Civic, di Taman Melati di sini.

“Hasilnya, polis merampas 141 bungkusan plastik dadah jenis syabu seberat 146.76 kg. Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai mendapat bekalan dadah itu dari Kelantan dan mereka menggunakan kereta berkenaan sebagai tempat penyimpanan dadah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan dalam serbuan kedua pada 3.30 petang Isnin lepas, yang kemudian membawa pihak polis ke sebuah lot kedai di dalam pusat beli-belah di Jalan Imbi dan hasil pemeriksaan, sebanyak 221 kg dadah jenis syabu dianggar bernilai RM7.07 juta berjaya dirampas.

“Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai lima rekod jenayah dan dadah lampau,” katanya.

Sementara itu dalam serbuan ketiga pada 5.10 petang Selasa lepas, seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan di sebuah kondominium di Taman Mastiara di sini dan susulan itu polis berjaya merampas 4.1 kg dadah jenis ketamin dan 1.1 kg pil ekstasi yang disembunyikan dalam beg yang dibawa suspek.

Beliau berkata soal siasat terhadap lelaki itu kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi suspek berusia 23 tahun di lokasi sama selain rampasan serbuk ekstasi seberat 288 gram.

“Suspek kemudian membawa anggota polis ke sebuah bilik di kondominium itu dan hasil pemeriksaan, polis berjaya menemukan pelbagai dadah melibatkan serbuk ekstasi seberat sembilan kg, ketamin (4.19 kg), pil ekstasi (3.28 kg) dan eramin 5 (1.25 kg) dengan nilai keseluruhan rampasan RM2.38 juta,” katanya.

Kelima-lima suspek direman sehingga esok dan 12 Mei ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – 8 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related