HEADLINES

Rafizi atau Izzah? Masing-masing ada sumbangan dan jasa: Ketua AMK

Kita serah kepada kebijaksanaan anggota membuat penilaian dan keputusan yang terbaik (dalam pemilihan) untuk kelangsungan ke hadapan dan seterusnya memperkukuh organisasi, kata Muhammad Kamil

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua calon bersaing jawatan Timbalan Presiden PKR bagi pemilihan parti, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar mempunyai kekuatan tersendiri, sumbangan serta jasa kepada parti yang tidak boleh dinafikan.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baharu, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, setiap kelebihan mahu pun kekurangan yang ada bagaimana pun tidak perlu dijadikan agenda mana-mana pihak untuk menyerang calon yang menawarkan khidmat dalam pemilihan kali ini.

“Ada sebahagian yang berfikiran bahawa kekuatan yang ada pada Nurul Izzah pada waktu dan ketika ini sesuai untuk parti menggarap kekuatan anggota, memastikan tidak ada pepecahan dalam parti.

“Beliau ada pengalaman dalam membantu parti dan memimpin pilihan raya dan sebagainya.

“Sebahagian pihak pula tidak menafikan Rafizi juga berpengalaman dan mempunyai sumbangan yang banyak terhadap parti ini.

“Jadi pihak yang merasakan kekuatan Nurul Izzah itu difikirkan sesuai untuk waktu dan ketika ini harus gunakan kekuatan itu untuk berkempen bagi terus membawa PKR ke hadapan.

“Begitu juga jika yang kata Rafizi ada kekuatan, gunakan kekuatan itu untuk berkempen bagi mengangkat suara Rafizi,” katanya hari ini.

Ditanya sama ada kenyataan secara terbuka terhadap parti oleh Rafizi dalam jelajahnya boleh menggugat kedudukan sokongan untuk mempertahankan kedudukan sebagai Timbalan Presiden, beliau berkata, ahli parti bijak untuk membuat penilaian sendiri.

“Saya fikir anggota di bawah ini tahu menilai sikap dan kredibiliti pimpinan yang ada di hadapan kita pada hari ini.

“Jadi kita serahkan kepada kebijaksanaan anggota untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik (dalam pemilihan) untuk kelangsungan kita ke hadapan dan seterusnya memperkukuh organisasi,” katanya.

Tumpuan pemilihan pucuk pimpinan pusat parti di Johor Bahru minggu hadapan pasti terarah kepada Rafizi yang akan mempertahankan jawatan timbalan presiden menentang pencabarnya Nurul Izzah.

Nurul Izzah adalah penyandang jawatan naib presiden PKR yang dilantik ke jawatan itu pada 2022. – 15 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

“This decision clears my name after six years of slander – Hannah Yeoh after appeal court victory

Federal Territories Minister Hannah Yeoh says the Court of Appeal ruling in her favour is a vindication of truth, not a pursuit of money, after years of reputational damage caused by false allegations

Related