HEADLINES

‘Tak mahu letak syarat nak pilih pemimpin terbaik perlu melalui debat’: Saifuddin Nasution

Debat adalah tawaran dan bukan paksaaan, justeru terpulang kepada calon-calon untuk menyambut atau menolaknya, kata Saifuddin

3:49 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Debat bukan menjadi satu syarat dalam soal memilih pemimpin terbaik, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu berkata, debat adalah tawaran dan bukan paksaaan, justeru terpulang kepada calon-calon untuk menyambut atau menolaknya.

“Masa saya dengan Datuk Seri Rafizi Ramli (berdebat), masa itu Sinar Harian atur, jadi kita pun bagi peluang.

“Jadi sekarang saya tak masuk gelanggang, Nurul Izzah pun dah respon perkara itu, dia kata fokus dia untuk menyatukan, reach out perwakilan seramai mungkin, kefahaman saya, dia tidak meletak keutamaan untuk debat.

“Mengulas sama ada wajar atau tidak (debat), pandangan rafizi ada kewajaran, saya hormat pandangan mereka, saya tak mahu letak syarat untuk memilih pemimpin terbaik adalah melalui debat.

“Kedua-duanya adalah watak penting dalam parti dan perwakilan tahu kalau mana-mana terpilih, apakah kelebihan yang parti akan dapat. Kedua-duanya adalah pilihan terbaik dalam kalangan yang baik-baik,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen di sini, hari ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi sebelum ini dilaporkan bersedia berdebat dengan Nurul Izzah dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR hujung bulan ini bagi meredakan suhu panas dalam kalangan penyokong mereka ketika ini.

Bagaimanapun, Nurul Izzah menyifatkan keutamaan beliau ketika ini bukan kepada aktiviti yang boleh memburukkan lagi pertikaian dalaman PKR.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sejak penubuhan PKR pada Julai 1999 hingga kini, pemilihan parti berlangsung bermacam-macam gaya, calon menang dan kalah malah keluar parti bersilih ganti.

Beliau juga memjangkakan tidak akan timbul masalah antara Rafizi dan Izzah selepas pemilihan berikutan setiap ahli dan pemimpin akan kembali menyesuaikan diri bagi persediaan menghadapi pilihan raya.

“Tiga tahun sekali ada pemilihan, ada pelbagai gaya cara, debat tak debat, rekod sana sini. Langkah politik Keadilan (PKR) selalunya sukar dijangka, benda tak berlaku dalam parti lain, dalam PKR berlaku

“Tapi jauh lebih penting adalah keupayaan parti untuk sesuaikan diri bila datang sahaja pilihan raya, kita fokus pilihanraya.

“(Contoh) saya kalah dengan Rafizi, hari ini saya boleh terus bekerja rapat dengan dia, jadi tidak ada isu,” katanya.

Pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR kali ini menyaksikan Rafizi berdepan saingan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.

Pemilihan PKR akan diadakan di Johor Bahru pada 22 hingga 24 Mei ini. – 16 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Related