HEADLINES

Malaysia masih menanti tarikh bagi Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS: Mohamad

Inisiatif itu dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang meminta supaya sidang kemuncak itu diadakan tahun ini

7:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, masih menanti pengesahan daripada Amerika Syarikat (AS) berhubung cadangan tarikh bagi Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata inisiatif itu secara rasmi dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang meminta supaya sidang kemuncak itu diadakan tahun ini.

“Kami masih menunggu maklum balas daripada AS, mudah-mudahan ada berita baik dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS boleh diadakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 esok.

Pada 5 April, Mohamad berkata beliau menerima panggilan telefon daripada Setiausaha Negara AS Marco Rubio untuk membincangkan antara lain, hubungan dua hala Malaysia-AS di bawah Rangka Kerja Kerjasama Komprehensif.

Beliau berkata kedua-dua pihak turut berbincang dan merancang tarikh yang sesuai untuk mengadakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS bersempena dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di KLCC pada 26 dan 27 Mei ini bersama dengan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung kalinya, yang mencerminkan peningkatan penglibatan ASEAN dengan rakan kongsi strategik antarabangsa penting.

Sidang Kemuncak dan mesyuarat berkaitannya ini menghimpunkan pemimpin negara ASEAN untuk membincangkan isu serantau dan melakar hala tuju masa depan kerjasama blok itu, di samping menangani pelbagai isu mendesak serantau dan antarabangsa, dengan krisis yang berterusan di Myanmar kekal menjadi perhatian utama bagi negara anggota.

Dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, selepas menerajui blok serantau itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015. – 25 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related