HEADLINES

Amanah mula gerak jentera hadapi kemungkinan tiga penjuru jika BN ikut kegilaan Akmal

Khalid mempersoalkan kenapa BN masih teragak-agak dalam meneruskan hubungan dengan PH sedangkan tiada unsur khianat atau paksaan sepanjang kerjasama berjalan

11:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerjasama yang diasaskan antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) sangat baik dan penuh keikhlasan namun agak menghairankan kenapa BN masih teragak-agak untuk meneruskannya.

Sedangkan, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah, Khalid Abdul Samad, tiada unsur khianat atau paksaan dan buli sepanjang kerjasama itu berjalan.

“Lainlah kalau kami seperti PAS dan PN (Perikatan Nasional) yang masyhur dengan khianat dan pemaksaan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Khalid berkata, rundingan kerusi PH dan BN untuk pilihan raya Melaka serta Johor tidak mungkin dilakukan kerana keputusan sama ada untuk bersama gabungan itu atau bersendirian masih belum dibuat oleh BN.

“Kalau ikut kenyataan Akmal pula, dia lebih cenderung untuk bersama PAS dan PN. Jawapan dari Tok Mat (Timbalan Presiden Umno) jauh lebih matang dan ikhlas berbanding jawapan-jawapan sebelum ini.

“Amanah mengharapkan kerjasama Kerajaan Perpaduan dapat dikekalkan, demi kepentingan negara, namun mengakui pilihan di letak di tangan BN,’’ tegasnya.

Baru-baru ini, Mohamad yang juga Timbalan pengerusi BN berkata masih terlalu awal untuk bercakap mengenai soal pembahagian kerusi bagi menghadapi PRN Melaka dan Johor, antara parti kerana ia masih belum diputuskan.

“Apabila kita sudah putuskan dalam parti, barulah kita berbincang dan itu pun kalau nak berbincang dengan orang lain.

“Kalau dalam parti pun belum lagi memutuskan apa-apa, tidak perlulah kita nak cakap apa-apa.

“Kalau parti nak pergi sendiri, sendirilah. kalau itu kata putus parti, kita ikut,” kata Mohamad.

Khalid turut menjelaskan, berdasarkan jawapan Tok Mat, Amanah perlu bersiap-sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan.

“Teringat saya akan kata-kata pegawai ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) tahanan ketika saya ditahan dahulu, “pisau di tangan kamu dan buah di tangan kamu, nak potong cantik-cantik atau nak cincang, itu pilihan kamu”.

“Begitulah keadaannya dengan BN sekarang. Walaupun dilayani dengan baik semasa kerjasama perpaduan ini, terpulang pada BN samada hendak teruskan atau sebaliknya,’’ ujarnya.

Bagi Amanah, tegasnya, parti itu terus mengharap bahawa keikhlasan yang ditunjukkan PH dalam berpakat akan dihargai dan mencorakkan keputusan BN.

Namun, kata Khalid, pada masa sama Amanah akan menggerakkan jenteranya mulai sekarang untuk menghadapi kemungkinan tiga penjuru atau dua penjuru sekiranya BN mengikuti kegilaan Akmal.

“Ini bukan amaran atau cabaran, ianya sekadar “statement of fact” atau menyatakan hakikat,’’ katanya. – 20 Februari, 2026.

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related