Jadikan kemenangan PRK kejayaan berterusan, jangan terikut permainan kotor lawan – Guan Eng

Guan Eng optimis rakyat terus sokong Kerajaan Perpaduan kerana mahu kerajaan berbilang bangsa yang menjaga semua tanpa mengira kaum, agama

12:13 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) perlu menjadikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor semalam, sebagai landasan merampas balik semua kawasan dimenangi Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, gabungan Kerajaan Perpaduan tidak perlu terikut-ikut dengan permainan kotor politik lawan yang menggunakan sentimen kaum dan ekstremisme.

“Kita harus mendedahkan politik fitnah, adu domba, kebencian, momokan dan ugutan (parti lawan) yang memecah belahkan rakyat, tanpa manfaat kepada sesiapa pun.

“Jangan percaya serigala politik yang bertopengkan negarawan berprinsip atau orang muda yang mendukung politik lama dan yang penuh dengan hasad dengki, semata-mata nak membalas dendam,” katanya ketika berucap pada Persidangan Tahunan DAP 2023 di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Hadir sama, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki; Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Guan Eng berkata, beliau optimis rakyat akan menyokong Kerajaan Perpaduan kerana mahu kerajaan berbilang bangsa yang berkhidmat dan menjaga semua tanpa kira kaum serta agama.

“Rakyat sokong Kerajaan Perpaduan kerana mahukan kestabilan politik agar berikan tumpuan kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Cukup-cukuplah berpolitik, sekarang lihatlah siapa yang membolehkan rakyat hidup lebih senang.

“Rakyat sokong Kerajaan Perpaduan yang cekap uruskan ekonomi dan kos sara hidup. Takkan rakyat nak jadi mundur macam negeri-negeri ditadbir mereka sampai air bersih pun takda (tiada). 

“Jangan lupa prestasi gagal Kerajaan PN belanjakan RM530 bilion tetapi rakyat kena kibarkan bendera putih,” katanya.

Sebaliknya beliau berkata, dalam tempoh sembilan bulan ini, Kerajaan Perpaduan sudah berjaya mengawal kadar inflasi ke tahap rendah dua peratus pada Julai, selain pertumbuhan ekonomi mampan.

“Bagi mengurangkan kos pinjaman, Bank Negara Malaysia (BNM) mempertimbangkan penurunan OPR (kadar dasar semalaman) pada masa kelak, memandangkan inflasi kini terkawal.

“Kini ada Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 untuk menarik pelaburan sebanyak RM95 bilion, supaya gaji median bulanan boleh berganda sebanyak RM4,150 pada 2030,” katanya.

Semalam, keputusan PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menyaksikan PH mengekalkan penguasaan dua kerusi dalam keadaan peratusan keluar mengundi agak rendah.

Calon PH di Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat yang juga bekas Speaker DUN Johor menang selepas memperoleh 48,283 undi, berbanding Zulkifli Jaafar daripada PN dengan 29,642 undi dan Samsudin Mohamad Fauzi daripada Bebas meraih 528.

DUN Simpang Jeram pula menyaksikan Timbalan Ketua Parti Amanah Bakri, Nazri Abdul Rahman diumumkan menang dengan majoriti 3,514 undi. – 10 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related