◉ HEADLINES

Hari Raya Aidiladha dijangka jatuh pada 6 Jun: Pusat Astronomi Antarabangsa

Pusat yang berpangkalan di Abu Dhabi itu memaklumkan anak bulan yang menandakan permulaan Zulhijjah 1446H dijangka dapat dilihat pada Selasa, 27 Mei

7:51 PM MYT

 

ABU DHABI – Umat Islam di kebanyakan negara Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini (Jumaat), menurut Pusat Astronomi Antarabangsa.

Pusat yang berpangkalan di Abu Dhabi itu memaklumkan bahawa anak bulan yang menandakan permulaan Zulhijjah 1446H dijangka dapat dilihat pada Selasa, 27 Mei, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Pengarah pusat berkenaan, Mohammad Shawkat Odeh berkata anak bulan itu boleh dilihat menggunakan teleskop di beberapa bahagian Asia Tengah dan Barat, kebanyakan wilayah di Afrika serta Eropah.

Beliau menambah bahawa anak bulan juga mungkin dapat dilihat tanpa bantuan teleskop di beberapa bahagian benua Amerika.

Berdasarkan kiraan astronomi itu, 28 Mei dijangka menjadi hari pertama Zulhijjah, menjadikan Aidiladha jatuh pada hari ke-10 iaitu Jumaat, 6 Jun. – 25 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related