◉ HEADLINES

‘Penyokong Azmin,Tun Faisal pula melompat dan melatah’, kata Saifuddin berkait isu SD

Sidang media Wan Saiful menjelaskan tujuan SD ditandatangani 120 Ketua Bahagian Bersatu ialah untuk mengelakkan usul tidak sesuai dibawa ke PAT

5:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Saifuddin Abdullah ‘mengusik’ sikap penyokong Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang melatah selepas tujuan sebenar akuan sumpah (SD) ditandatangani 120 Ketua Bahagian Bersatu dijelaskan dalam sidang media Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Wan Saiful Wan Jan baru-baru ini.

Ketika penyokong Presiden parti, Tan Seri Muhyiddin Yassin seharusnya berasa lega dengan penjelasan itu, lain pula respon penyokong Azmin dan Tun Faisal.

Dalam catatan yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu memberi bayangan penyokong Setiausaha Agung Bersatu, Azmin dan Ketua Penerangannya, Tun Faisal seolah panas punggung mengenai penjelasan SD tersebut.

“Sidang media Wan Saiful menjelaskan bahawa tujuan dokumen akuan yang ditandatangani 120 Ketua Bahagian ialah untuk mengelakkan usul yang tidak sesuai daripada dibawa ke Perhimpunan Agung Tahunan (PAT).

“Penyokong Tan Sri Muhyiddin seharusnya lega.

“Tapi penyokong Azmin dan Tun Faisal nampaknya melompat dan melatah,” kata Saifuddin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, dalam nada sinis.

Media sebelum ini melaporkan, Wan Saiful akan melaporkan Azmin dan Tun Faizal kepada Lembaga Disiplin parti kerana didakwa sengaja menyebarkan naratif songsang berhubung usaha mengumpul SD.

Wan Saiful berkata, SD yang ditandatanganinya bersama 119 ketua-ketua bahagian lain menyokong isu calon Perdana Menteri tidak dibincangkan secara terbuka dalam PAT, memandangkan ia bersifat sensitif.

“Namun SD yang ditularkan itu tidak sama dengan apa yang kami tandatangani,” katanya dalam sidang media di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, baru-baru ini.

Dakwa Wan Saiful, selain menyebarkan naratif songsang, Tun Faisal selaku ketua penerangan pula menjadi ‘kepala batu api’ mengeluarkan kenyataan tanpa menghubunginya untuk mengesahkan kandungan sebenar SD tersebut. – 30 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

Unofficial tally: GRS dominates Sabah election as BN and Warisan make gains, DAP defeated

Early results show GRS leading with a strong foothold, while BN and Warisan see notable victories. DAP fails to retain any seats in a dramatic shift

◉ Related