HEADLINES

Perubahan dasar AS peluang terokai pendidikan negara lain: Zahid

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini termasuk meneroka peluang baharu di United Kingdom (UK) yang telah lama menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pendidikan

9:12 AM MYT

 

LONDON – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perubahan dasar Amerika Syarikat (AS) termasuk dalam sistem pendidikan wajar dilihat sebagai peluang untuk meneroka kelebihan pendidikan di negara lain.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini termasuk meneroka peluang baharu di United Kingdom (UK) yang telah lama menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pendidikan.

“Kita tahu bahawa MARA (Majlis Amanah Raya) telah membuat keputusan untuk tidak lagi menghantar pelajar-pelajar tajaannya ke AS, saya mempunyai pendekatan apabila kita melihat ada ancaman, sentiasa ada peluang. Kita perlu melihat dari sudut yang berbeza.

“Dalam keadaan yang beginilah saya fikir sistem pendidikan yang ada di UK di mana yang telah kita pelajari akan kita pergunakan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (TVET) berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan pramesyuarat bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja empat hari beliau ke UK bermula semalam.

Semalam, Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata MARA akan menghentikan penghantaran pelajar tajaannya ke AS mulai tahun ini susulan pengenalan dasar baharu Presiden Donald Trump.

Sebelum ini, pentadbiran Trump mengeluarkan arahan untuk menghentikan pemprosesan visa semua pelajar asing dan mempertimbangkan langkah untuk menyaring pemohon baharu berdasarkan hantaran media sosial mereka.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan menggunakan ruang lawatan kerja di UK untuk memperluas kerjasama dalam bidang TVET terutama meneroka peluang baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), IoT, robotik serta tenaga hijau dengan universiti di UK.

“Banyak bidang-bidang teknologi baru terutamanya dari segi tenaga hijau yang telah dilaksanakan di sini yang kita boleh pelajari dan kita harap melalui program latihan kepada pelatih (training the trainers) (ToT) misalnya dapat membuahkan hasil apabila mereka telah mengikuti kursus-kursus di sini,” katanya.

Ahmad Zahid antara lain dijadualkan bertemu wakil institusi terkemuka seperti University College London, menyampaikan syarahan umum mengenai hala tuju TVET negara serta berinteraksi bersama pelajar tajaan MARA. – 3 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Alavés defender Garcés cleared to play after CAS stays FIFA ban

Spanish La Liga club Deportivo Alavés have confirmed that Facundo Garcés can resume competitive football after the Court of Arbitration for Sport granted a provisional suspension of the FIFA sanction imposed on the defender

Is there something deeper going on in DAP’s attacks against the MACC?

With its own leaders and associates under investigation, could the DAP be using the Reformist card to protect its own? Political analysts weigh in

Controversy continues: Akmal detained upon arrival at Kota Kinabalu airport

Announcing his detention on Facebook today, Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh said he will not budge from his stand over the “Allah”-printed sock issue.

Related