HEADLINES

‘Kota Madani bukan Kota Anwar’ pemimpin PKR bidas Wan Saiful

Nama Madani tidak pernah dicipta untuk mengangkat mana-mana individu, tetapi merupakan teras dasar pentadbiran negara hari ini

7:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Serangan politik tidak matang oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung projek pembangunan ‘Kota Madani’ bukan sahaja menujukkan kejahilannya malah memperlekeh usaha kerajaan memenuhi keperluan penjawat awam dan golongan pekerja.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, G Sivamalar berkata, tuduhan bahawa projek itu kononnya dinamakan sempena Perdana Menteri jelas bersifat jahat, mengelirukan orang awam dan menjurus kepada politik murahan.

Sivamalar juga menegaskan Kota Madani bukan ‘Kota Anwar’ seperti dakwaan sinis yang dibuat oleh Wan Saiful.

“Nama Madani tidak pernah dicipta untuk mengangkat mana-mana individu, tetapi merupakan teras dasar pentadbiran negara hari ini malah Madani ialah singkatan kepada nilai-nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan Ihsan sebagai prinsip utama dalam dasar Malaysia Madani.

“Amat memalukan apabila seorang Ahli Parlimen sanggup memperlekehkan falsafah negara yang berteraskan nilai murni ini demi kepentingan politik sempit,’’ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu menyeru Kerajaan Madani untuk tidak bersifat narsisistik dan menghentikan amalan menggunakan slogan pentadbiran sebagai nama inisiatif kerajaan.

“Berapa banyak wang rakyat terpaksa dibazirkan apabila slogan kerajaan berubah dan pelabelan itu juga diubah?,’’ soal Wan Saiful yang turut menggesa kerajaan untuk mencari nama lain bagi projek Kota Madani di Putrajaya

Mengulas lanjut, Sivamalar memberitahu, 90% daripada penduduk Putrajaya adalah penjawat awam justeru adalah wajar dan amat perlu untuk kerajaan memastikan keperluan asas mereka dipenuhi.

Kota Madani, katanya bukan projek untuk golongan elitis dan jauh daripada sindrom pencakar langit yang melanda kerajaan-kerajaan sebelum ini, sebaliknya Kota Madani adalah penyelesaian konkrit kepada isu legasi perumahan awam di Putrajaya.

“Laporan Ketua Audit Negara 2021 mengesahkan hampir 180,000 penjawat awam masih berada dalam senarai menunggu untuk menduduki kuarters kerajaan namun tiada pembangunan kuarters baharu dijalankan sejak beberapa tahun ini.

“Kota Madani akan menyediakan 10,000-unit yang dikhaskan sebagai kuarters untuk penjawat awam, yang boleh menempatkan sehingga 30,000 penduduk dan ini bukan sekadar angka tetapi juga komitmen sebenar untuk memenuhi hak serta keperluan mereka,’’ katanya.

Tegasnya, dari segi reka bentuk dan perancangan, Kota Madani menawarkan model pembangunan bandar yang inklusif dan mampan dan sebuah bandar yang direka untuk memudahkan kehidupan seharian rakyat.

“Kenyataan Wan Saiful hanyalah satu lagi percubaan politik lama yang cuba menggagalkan usaha pembaharuan kerajaan dan jika beliau benar-benar peduli dengan kebajikan rakyat, beliau seharusnya menyokong projek yang menyelesaikan masalah perumahan penjawat awam dan pekerja bandar.

“Politik sinikal dan retorik tanpa fakta seperti ini sudah lapuk dan tidak lagi relevan dalam landskap Malaysia baharu yang mahu maju ke hadapan dengan dasar yang adil, saksama dan menyeluruh,’’ katanya.

Tegasnya. Kota Madani bukan kota retorik, tetapi kota harapan dan kesejahteraan yang dibina atas dasar keperluan sebenar rakyat. – 5 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related