◉ HEADLINES

Maxim mahu terus beroperasi, buat rayuan patuhi keperluan kawal selia kepada Apad

Pengarah Maxim Malaysia berkata, penjelasan diberikan kepada pihak Apad terutama berkait dakwaan pemandu Maxim tidak mempunyai permit kenderaan e-hailing (EVP) yang sah

4:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aplikasi e-hailing dari Rusia, Maxim sudah membuat rayuan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) selepas mereka diarah menghentikan operasi berkuat kuasa 24 Julai depan.

Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley berkata, penjelasan diberikan kepada pihak Apad terutama berkait dakwaan pemandu Maxim tidak mempunyai permit kenderaan e-hailing (EVP) yang sah.

“Berhadapan dengan beberapa kontroversi, syarikat telah membuat rayuan kepada Apad dengan semua pindaan yang diperlukan dan telah mematuhi semua perkara yang disyaratkan.

“Syarikat ini berhasrat untuk terus beroperasi di pasaran.

“Maxim menekankan bahawa hanya pemandu yang sah boleh menjadi rakan kongsi syarikat dan menerima pesanan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Perundangan dan Pematuhannya, Mushfique Ahmed Chowdury berkata, berkata syarikat itu baru sahaja memuktamadkan mesyuarat dengan Apad hari ini dan telah menyediakan semua dokumen dan penjelasan, termasuk semua pindaan yang diperlukan selaras dengan keperluan kawal selia.

“Pindaan tersebut secara khusus menangani pematuhan syarat untuk EVP, yang wajib bagi pemandu yang beroperasi secara sah di bawah rangka kerja semasa.

“Kami telah mematuhi arahan Apad dan menyerahkan semua rayuan dan dokumen sokongan yang diperlukan sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan operasi selari dengan keperluan undang-undang dan pematuhan yang ditetapkan oleh kementerian dan Apad untuk semua syarikat e-hailing,” katanya.

Beliau berkata, pertemua dengan Apad menandakan pertemuan ketiga antara Maxim dan agensi itu sebelum keputusan muktamad oleh kementerian.

“Syarikat ini telah mengikut semua arahan yang diberikan oleh Apad dan kekal komited sepenuhnya untuk mengatur operasinya.

“Maxim akan terus berkhidmat kepada pasaran Malaysia, mengesahkan hasratnya untuk beroperasi dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang,” katanya.

Sebelum ini dua aplikasi e-hailing dari Rusia yang didakwa beroperasi secara haram iaitu InDrive dan Maxim, diarahkan menghentikan operasi mereka berkuat kuasa 24 Julai ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, Apad sudah menghantar surat memberhentikan operasi kepada dua aplikasi e-hailing berkenaan, baru-baru ini. – 10 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related