◉ HEADLINES

Seleweng dana sukuk: SPRM rakam keterangan Tan Sri enam jam

Proses merakam keterangan dihentikan atas faktor kesihatan dan akan bersambung esok

6:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakamkan keterangan seorang individu bergelar Tan Sri selama enam jam berhubung siasatan kes penyelewengan dana sukuk bagi pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata proses rakaman keterangan yang bermula kira-kira 9 pagi itu selesai pada 3 petang tadi di kediaman individu terbabit di ibu negara.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan proses itu dihentikan sementara atas faktor kesihatan individu berkenaan dan akan bersambung di lokasi sama pada 9 pagi esok.

“Setakat ini, SPRM telah merakamkan keterangan daripada 52 saksi termasuk Tan Sri berkenaan dan ahli keluarganya … proses sama akan diteruskan esok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hari ini media melaporkan selain keterangan yang diambil daripada Tan Sri terbabit hari ini, SPRM turut melakukan serbuan di kediaman pemegang konsesi itu di Melaka, namun tiada sebarang rampasan serta sitaan dilakukan.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM menyita pelbagai aset, termasuk beg tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai, dan kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri. – 11 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related