◉ HEADLINES

Nahas bas Gerik: Sultan Pahang titah semua masjid di Pahang anjur solat jenazah ghaib untuk pelajar UPSI

Mufti Pahang Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata baginda turut menitahkan bacaan yasin dan tahlil dilaksanakan selepas solat maghrib, hari ini

9:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu melaksanakan solat jenazah ghaib untuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Tasik Banding, Gerik, Perak, Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, Mufti Pahang Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata baginda turut menitahkan bacaan yasin dan tahlil dilaksanakan selepas solat maghrib, hari ini, memetik Berita Harian.

“Semoga kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat dan mendoakan semoga negeri Pahang secara khususnya dijauhkan daripada segala bencana alam dan kemudaratan,” katanya.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik selepas melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna Perodua Alza.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza. – 12 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related