◉ HEADLINES

Seleweng dana sukuk: Lebih ramai saksi akan dipanggil, kes dijangka siap satu atau dua bulan

Setakat ini 53 saksi telah selesai dirakam keterangan dan lebih ramai lagi akan dipanggil

1:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 53 saksi telah dipanggil dalam siasatan kes penyelewengan dana sukuk bagi pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang, melibatkan seorang individu bergelar Tan Sri.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua saksi itu telah selesai dirakam keterangan dan lebih ramai lagi  dijangka dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu melengkapkan siasatan.

“Kes ini akan mengambil masa sebulan atau dua untuk disiapkan kerana banyak perkara yang perlu dikaji serta dianalisis dokumen termasuk penyata kewangan.

“Rakaman percakapan daripada individu bergelar Tan Sri juga akan disambung hari ini,’’ katanya pada sidang media selepas majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang‑Undang Bertauliah SPRM kali kedua di Bangi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menyita pelbagai aset, termasuk beg tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai, dan kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri. 

Dalam pada itu proses merakam merakam keterangan Tan Sri berkenaan memasuki hari kedua, hari ini selepas proses sama mengambil masa selama enam jam yang dijalankan semalam.

Selain keterangan yang diambil daripada Tan Sri terbabit, SPRM turut melakukan serbuan di kediaman pemegang konsesi itu di Melaka, namun tiada sebarang rampasan serta sitaan dilakukan. – 12 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related