◉ HEADLINES

Seleweng dana lebuh raya: SPRM sita barangan RM16 juta termasuk patung emas, alat kasino

SPRM turut menggunakan pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) selepas mengesyaki wujud bilik rahsia dalam kediaman individu itu

3:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Barangan mewah bernilai RM16 juta termasuk jongkong emas, berlian, alatan kasino, syiling dan patung emas merupakan antara yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya melibatkan individu bergelar Tan Sri.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataannya memberitahu, sitaan itu dijalankan susulan penggeledahan di kediaman Tan Sri itu di Bandar Tasik Selatan, Cheras, semalam.

“Sitaan itu turut melibatkan 84 beg mewah bernilai RM3 juta, 11 unit jam tangan bernilai kira-kira RM1 juta, jongkong, syiling dan patung emas bernilai RM3 juta.

“Selain itu, berlian dan barangan kemas bernilai kira-kira RM4 juta dan satu set alatan kasino berjenama mewah yang dianggarkan bernilai RM150,000 turut disita.

“SPRM turut menemukan sebuah bilik rahsia kebal yang juga tempat simpanan senjata dan peluru namun tiada sitaan dilakukan kerana senjata berkenaan didaftarkan atas nama syarikat keselamatan milik individu terbabit,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, proses merakam keterangan itu turut menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) selepas mengesyaki wujud bilik rahsia dalam kediaman individu berkenaan.

Pasukan ACTS digunakan dalam proses penggeledahan kediaman individu terbabit di Cheras kerana individu berkenaan disyaki menyimpan senjata dalam sebuah bilik rahsia.

“SPRM mendapat maklumat terdapat bilik rahsia yang menyimpan barang berharga termasuk senjata.
“Kehadiran pasukan ACTS adalah bertujuan menjaga keselamatan dan mengiringi pegawai serta barang yang disita untuk dibawa pulang ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki tidak menolak kemungkinan akan ada lagi sitaan dilakukan.

Azam memberitahu, proses rakaman keterangan individu terbabit ditangguhkan pada satu tarikh lain disebabkan faktor kesihatan. – 13 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related