HEADLINES

Pengerusi PN, Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’

12:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan beliau terbabit dalam sebarang pertemuan di Bangkok, yang dirujuk oleh sesetengan pihak sebagai ‘Langkah Bangkok’.

Menurut Ahmad Samsuri, beliau tidak terlibat dan tidak ada kena mengena dengan sebarang pertemuan atau perbincangan mengenainya.

“Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak tertentu, saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak terlibat dalam apa jua pertemuan di Bangkok, yang dirujuk oleh setengah pihak sebagai “Langkah Bangkok” seperti yang dilaporkan.

“Sebarang pertemuan atau perbincangan yang dikaitkan dengan perkara tersebut adalah tidak melibatkan saya dan tiada kena mengena dengan saya,’’ katanya dalam kenyataan di Facebook.

Justeru, Ahmad Samsuri berharap semua pihak supaya tidak membuat spekulasi atau mengaitkan namanya dengan perkara yang tidak berlaku.

Terdahulu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin tahun lalu bagi membincangkan isu penyatuan parti-parti Melayu dan Islam.

Media yang memetik beberapa sumber daripada parti-parti politik melaporkan, selain Hamzah, Zahid juga dikatakan telah bertemu dengan Ahmad Samsuri serta Timbalan Setiausaha Agung Perikatan yang juga Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Pertemuan itu dikatakan berlaku pada awal Disember tahun lalu ketika Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berada dalam lawatan kerja ke Bangkok, Thailand. – 7 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Consumer group slams 900% vape tax proposal as ‘illogical and self-defeating’

The Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) warns that the Health Ministry’s plan to hike vape liquid tax from 40 sen to RM4 per millilitre will drive users to the black market, undermine public health goals, and punish smokers seeking safer alternatives

Agong’s warning on ‘flying coffins’: A look back at Malaysia’s Skyhawk jet fiasco – A. Azim Idris

Sultan Ibrahim highlighted the costly A-4 Skyhawk deal as a lesson in scrapping the procurement of 30-year-old Black Hawk choppers, urging Malaysia to avoid past failures in defence strategies

Dilema pelakon veteran, tiada tawaran sejak berbulan lamanya, watak ibu digantikan dengan pelakon muda

Kisah pelakon veteran tidak menerima sebarang tawaran lakonan bukanlah sesuatu yang baru. Kemelut ini berlaku sejak sekian lama namun situasi ketika ini semakin meruncing

Related