◉ HEADLINES

Razarudin sah tamat kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun ini

KPN berkata, hasrat itu turut didorong permintaan ibunya Rahmah Abdul Rahman, yang menasihati agar tidak menyambung kontrak demi memberi laluan kepada individu baharu

4:06 PM MYT

 

KUALA PILAH – Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan akan menamatkan kontrak sebagai Ketua Polis Negara pada 22 Jun ini, selepas dua tahun memegang tampuk kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata hasrat tersebut turut didorong oleh permintaan ibunya Rahmah Abdul Rahman, 86, yang menasihatinya agar tidak menyambung kontrak demi memberi laluan kepada individu baharu.

“Ini adalah program terakhir saya, insya-Allah kalau tiada apa-apa 20 Jun ini Majlis Serah Terima Tugas dan Paluan Berundur akan berlaku.

“Pertama sekali saya kena beritahu, ibu saya memang kalau boleh dia cakap jangan sambung lagi (kontrak) dan sepatutnya saya habis kontrak memang tidak perlu sambunglah.

“Apabila ibu saya berhasrat begitu, saya akur. Sebutan daripada mulutnya ialah satu doa, saya tidak berani ingkar dengan apa yang dikehendaki ibu saya,” katanya kepada pemberita pada Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat MADANI 2025 Ketua Polis Negara di Kampung Parit Seberang di sini hari ini.

Razarudin berkata hajat tersebut kemudian disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tiada keperluan untuknya menyambung kontrak lagi kerana tempoh dua tahun itu sudah memadai dan kini perlu ada pengganti baharu.

Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuat kuasa 23 Jun 2023 bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau yang dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. – 15 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related