◉ HEADLINES

Hadi Awang jalani prosedur rawatan esok: Anak

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi bagaimanapun tidak mendedahkan jenis rawatan, keadaan kesihatan dan lokasi ayahnya menjalani prosedur terbabit

5:51 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dikatakan akan menjalani satu prosedur rawatan esok.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi melalui satu perkongsian ringkas di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Dr Muhammad Khalil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri turut memohon orang ramai mendoakan kejayaan prosedur rawatan Ahli Parlimen Marang itu.

“Insya-Allah Ayahanda Tuan Guru akan menjalani suatu prosedur rawatan esok. Justeru saya mewakili pihak keluarga memohon agar didoakan kesihatan dan kesembuhan buat Ayahanda Tuan Guru,” katanya dalam perkongsian itu.

Ahli Dewan Undangan Batu Buruk itu bagaimana pun tidak mendedahkan jenis rawatan, keadaan kesihatan dan lokasi ayahnya menjalani prosedur terbabit dalam hantaran tersebut.

Pada Januari 2024, Abdul Hadi, 77, pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan. – 16 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related