HEADLINES

Public Bank diarah bayar ganti rugi RM90 juta kepada NFCorp

Mahkamah turut memerintahkan pihak bank membayar faedah sebanyak 2% ke atas jumlah keseluruhan bermula Rabu, 18 Jun, sehingga bayaran ganti rugi diselesaikan

11:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan memerintah Public Bank untuk membayar ganti rugi sebanyak RM90 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) dan empat yang lain berhubung dakwaan kebocoran maklumat sulit akaun bank mereka.

Keputusan dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dalam prosiding taksiran ganti rugi hari ini, lapor Berita Harian.

Selain NFCorp, empat yang lain ialah Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail serta tiga anak syarikat iaitu National Meat and Livestock Corporation Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan Real Food Company Sdn. Bhd.

Mohamad Salleh merupakan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Mahkamah turut memerintahkan pihak bank membayar faedah sebanyak 2% ke atas jumlah keseluruhan bermula Rabu, 18 Jun, sehingga bayaran ganti rugi diselesaikan.

Hakim Hasnah turut menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan tersilap apabila memutuskan para perayu gagal membuktikan kerugian, yang menyebabkan hanya RM10,000 diberikan sebagai ganti rugi nominal.

Dalam prosiding hari ini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili NFCorp dan empat pihak lain, manakala Public Bank diwakili peguam Chan Kok Keong.

Pada 26 Mei lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Public Bank bertanggungjawab atas pelanggaran kerahsiaan dan memerintahkan bank itu membayar kos guaman sebanyak RM300,000. Penangguhan dibuat hingga hari ini bagi menentukan jumlah ganti rugi.

Pada 2012, NFCorp dan empat pihak lain memfailkan saman berjumlah RM560 juta terhadap Public Bank berhubung kebocoran maklumat perbankan mereka namun Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut pada 2019.

Pada 2023, Mahkamah Rayuan pada 2023 membatalkan keputusan itu selepas membenarkan rayuan mereka.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan ketika itu berpendapat walaupun NFCorp dan empat pihak lain berjaya membuktikan liabiliti, mereka gagal membuktikan kerugian, dan mahkamah hanya menganugerahkan RM10,000 sebagai ganti rugi nominal.

Dalam saman tersebut, NFCorp dan empat pihak lain mendakwa pihak bank telah melanggar kerahsiaan dengan membenarkan butiran transaksi perbankan mereka didedahkan oleh ketika itu Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Mereka turut mendakwa reputasi dan kredibiliti perniagaan mereka telah mengalami kerosakan yang tidak dapat dipulihkan akibat pelanggaran tersebut di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA). – 18 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Elmina crash: prominent figures from Serba Dinamik, Awesome Media Network in flight operator’s company structure  

A deeper look at private jet operator Jet Valet Sdn Bhd, whose Beechcraft Model 390 aircraft crashed in Bandar Elmina, Shah Alam last month, has revealed the presence of prominent corporate figures whose other entities have come under the radar of authorities.  

Related