◉ HEADLINES

Prabowo dakwa sudah menang Pilihan Raya Presiden Indonesia

Berdasarkan ‘kiraan cepat’ menunjukkan Prabowo memperoleh kira-kira 58 peratus undi

8:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto mendakwa dirinya sudah memenangi Pilihan Raya Presiden selepas pengiraaan undi secara tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului pesaingnya dalam pemilihan tersebut.

Bekas komander pasukan khas berusia 72 tahun itu, yang pernah bertanding jawatan presiden dua kali sebelum ini, memperoleh kira-kira 58 peratus undian berdasarkan undian “kiraan cepat” di sampel tempat mengundi di seluruh negara.

Bilangan undi yang dikira berkisar antara 86 hingga 95 peratus setakat jam 2 (waktu tempatan) semalam.

Pesaingnya, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo masing-masing mengekori rapat apabila masing-masing mendapat kira-kira 25 peratus dan 17 peratus undi.

Kiraan awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya republik itu adalah jauh lebih perlahan dan menunjukkan Prabowo memperoleh 57.7 peratus undi, dengan kira-kira enam peratus undi direkodkan.

Selepas mengumumkan kemenangan tersebut, Prabowo memberitahu penyokongnya dia “bersyukur” atas keputusan pantas itu.

“Kita jangan sombong, jangan bangga, jangan euforia, kita tetap perlu merendah diri. Kemenangan ini mesti menjadi kemenangan bagi seluruh rakyat Indonesia,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen nasional.

Prabowo bergandingan dengan anak lelaki Presiden Jokowi, Gibran Rakabuming Raka, 36, yang menjadi calon Naib Presiden. – Gambar Facebook Prabowo Subianto, 15 Februari, 2024

Ganjar dan Anies pula menggesa orang ramai untuk menunggu keputusan rasmi yang dijangka diumumkan selewat-lewatnya pada 20 Mac ini,.

Pasukan kempen kedua-dua calon itu berkata, mereka sedang menyiasat laporan pelanggaran pilihan raya yang disifatkan sebagai “penipuan struktur, sistematik dan besar-besaran” tanpa memberikan sebarang bukti untuk menyokong tuntutan mereka.

Untuk menang dalam satu pusingan, calon memerlukan lebih daripada 50 peratus undi yang dikeluarkan dan sekurang-kurangnya 20 peratus undi di separuh wilayah republik itu.

Jika tiada calon yang memenangi undi majoriti, pusingan kedua antara dua pemenang teratas akan diadakan pada Jun depan.

Begitupun, Prabowo yang mendapat sokongan Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi sudah mendahului calon lain dalam pemilihan tersebut.

Anak lelakinya, Gibran Rakabuming Raka, 36, adalah regu kepada Prabowo dan kedua-duanya berjanji untuk meneruskan dasar Jokowi. – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related