HEADLINES

Iran tegaskan ‘tiada persetujuan’ gencatan senjata dengan Israel setakat ini

Menteri Luar Iran berkata, sekiranya rejim Israel menghentikan pencerobohan haramnya terhadap rakyat Iran selewat-lewatnya 4 pagi waktu Tehran, mereka tiada hasrat untuk meneruskan serangan balas selepas itu

10:17 AM MYT

 

WASHINGTON – Menteri Luar Iran pada awal Selasa menegaskan bahawa setakat ini belum ada sebarang persetujuan mengenai gencatan senjata antara Iran dan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Seperti yang telah ditegaskan berkali-kali oleh Iran: Israel yang memulakan peperangan terhadap Iran, bukan sebaliknya. 

“Sehingga kini, TIADA sebarang ‘persetujuan’ berkaitan gencatan senjata atau pemberhentian operasi ketenteraan,” kata Abbas Araghchi menerusi hantaran di platform X.

Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebelum ini bahawa Israel dan Iran telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata secara “penuh dan menyeluruh” di tengah-tengah konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

“Namun, sekiranya rejim Israel menghentikan pencerobohan haramnya terhadap rakyat Iran selewat-lewatnya 4 pagi waktu Tehran, kami tiada hasrat untuk meneruskan serangan balas selepas itu.

“Keputusan muktamad berhubung pemberhentian operasi ketenteraan kami akan dibuat kemudian,” kata Araghchi. 

Beliau berkata operasi ketenteraan Iran untuk “menghukum Israel atas pencerobohan yang dilakukan” diteruskan sehingga saat terakhir iaitu 4 pagi waktu tempatan (0030 GMT).

“Bersama seluruh rakyat Iran, saya merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera kita yang berani, sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan tanah air tercinta hingga titisan darah terakhir, dan yang telah memberi tindak balas terhadap setiap serangan musuh sehingga ke detik terakhir,” katanya.

Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pangkalan Udara Al Udeid milik tentera AS di Qatar pada Isnin, menandakan peningkatan ketara dalam ketegangan susulan serangan AS ke atas tiga tapak nuklear Iran pada Ahad. – 24 Jun, 2025

TAG: Iran, Abbas Araghchi, gencatan senjata, persetujuan

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related