HEADLINES

Tanah di Jalan Duta milik kerajaan, diarah bayar pampasan kepada SESB

Panel juga menolak rayuan silang SESB supaya tanah berkenaan dipindah milik kepada syarikat terbabit

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan berjaya dalam rayuan bagi mengetepikan perintah supaya ia memindah milik tanah seluas 263.272 ekar (106.542 hektar) di Mukim Batu kepada Semantan Estate Sdn Bhd (SESB).

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Lee Swee Seng sebulat suara membuat keputusan itu hari ini sekali gus mengarahkan pampasan dibayar kepada syarikat berkenaan.

Ia akan ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi dalam tempoh 90 hari dengan bantuan analisis pakar.

Panel juga menolak rayuan silang SESB supaya tanah berkenaan dipindah milik kepada syarikat berkenaan, lapor BH.

Pada 8 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula SESB supaya tanah berkenaan dipindah milik kepada syarikat itu mengikut Seksyen 417 Kanun Tanah Negara 1965.

Tanah terbabit, yang terletak di lokasi strategik Jalan Duta menempatkan antaranya Kompleks Lembaga Hasil Dalam Negeri, beberapa bangunan kerajaan, Stadium Hoki Nasional, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Masjid Wilayah Persekutuan.

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan saman pemula SESB dan menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu cadangan penyelesaian oleh kerajaan berhubung pertikaian tanah berkenaan.

Mahkamah memerintahkan Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mendaftarkan SESB sebagai pemilik tanah, melaksanakan semua surat cara pindah milik serta mengeluarkan dokumen hak milik tanah tanpa bebanan dan liabiliti atas nama plaintif.

Namun, pada 12 September tahun sama, kerajaan berjaya dalam permohonan menggantung keputusan berkenaan sementara menunggu pelupusan rayuan kerajaan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah ketika itu membenarkan permohonan kerajaan, memutuskan terdapat keadaan istimewa yang membolehkan penangguhan dibenarkan.

Pertikaian undang-undang Semantan Estate bermula pada 2003 apabila syarikat itu menyaman kerajaan dengan mendakwa tanah berkenaan diambil secara tidak sah.

Pada 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya memutuskan bahawa kerajaan telah mengambil tanah tersebut secara tidak sah. Rayuan kerajaan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan selepas itu tidak berjaya.

Pada Februari 2017, Semantan Estate memfailkan saman terhadap Pendaftar Tanah Wilayah Kuala Lumpur bagi menguatkuasakan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009.

Kerajaan dalam prosiding ini diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan dan Ahmad Hanir Hambaly manakala Semantan Estate dihadiri peguam, Datuk Dr Cyrus V Das.

Sementara itu, Cyrus mengesahkan pihaknya akan memfailkan penangguhan terhadap prosiding taksiran ganti rugi di Mahkamah Tinggi dan permohonan mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan di sini.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes taksiran ganti rugi di Mahkamah Tinggi pada Isnin minggu depan. – 24 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related