HEADLINES

Kes buli junior: 6 pelajar diarah buang dari MRSM Besut

Pengerusi Mara sekali lagi menegaskan bahawa tiada tempat bagi pembuli di mana-mana MRSM

2:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Terengganu yang didapati membuli seorang pelajar Tingkatan Dua sehingga cedera, sudah diarahkan dibuang.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tidak ada kompromi terhadap perbuatan itu atas apa juga alasan.

“Sudah berulang kali saya tegaskan bahawa tiada tempat bagi pembuli di mana-mana MRSM.

“Apa jua alasan tidak sesekali menghalalkan perbuatan memukul atau apa jua bentuk perbuatan fizikal yang boleh mencederakan.

“Saya sudah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah Mara untuk tidak sekali-kali berkompromi dalam hal ini.

“Semua pelajar yang terbabit hendaklah dibuang dari Maktab. Tidak perlu melayani sebarang rayuan,” katanya dalam hantaran melalui media sosial beliau, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan pihak polis menerima laporan membabitkan kes buli seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah MRSM di Besut oleh sekumpulan pelajar berusia 15 hingga 17 tahun di asrama Putera pada malam Selasa lalu.

Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di perut, rusuk dan belakang badan, lapor BH.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Rabu, jam 6.48 petang.

Azamuddin berkata, pelajar berusia 14 tahun itu mendakwa diarahkan membuat kedudukan separa mencangkung dan diletakkan selipar di atas kepala selama 40 minit, pada kira-kira jam 11.30 malam.

Katanya, mangsa juga mendakwa ditumbuk di bahagian perut dan ditampar di muka oleh beberapa pelajar Tingkatan Tiga ketika berada di asrama Putera.

Difahamkan kejadian itu kemudian disedari oleh warden yang bertugas sebelum membawa mangsa dan suspek ke pejabat warden.

Pada April lalu, Mara turut mengesyorkan 7 pelajar di sebuah MRSM di utara untuk dibuang selepas rakaman mereka yang sedang membuli seorang pelajar tersebar di media sosial. – 27 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related