◉ HEADLINES

PRN Selangor: Black Hanifah bantu kempen calon BN Sungai Air Tawar

Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Aku Rindu Sayang Kamu, Sofea Jane dan Teman Pengganti itu dilihat mengiringi calon BN menyantuni penduduk di sekitar Sungai Air Tawar

5:05 PM MYT

 

SABAK BERNAM – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi popular Hanifah Muhammad Hanafiah, atau lebih dikenali sebagai Black Hanifah, yang turun padang membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) Datuk Rizam Ismail.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Aku Rindu Sayang Kamu, Sofea Jane dan Teman Pengganti serta turut berlakon dalam filem Longkai itu, dilihat mengiringi calon BN menyantuni penduduk di sekitar Sungai Air Tawar di sini.

Black Hanifah berkata beliau tampil membantu atas dasar sahabat yang telah lama dikenali selain yakin Rizam mampu membawa perubahan lebih baik kepada penduduk dan kawasan tersebut.

“Saya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu penduduk di sini untuk memilih Datuk Rizam kerana sepanjang mengenalinya, saya tahu beliau seorang yang kuat bekerja dan komited dalam melaksanakan tugas yang dipikul,” katanya ketika ditemui Bernama sebelum beraksi dalam perlawanan bola sepak persahabatan di padang Kampung Dato Hormat di sini.

Black Hanifah yang sebelum ini aktif melakukan aktiviti bersama Pemuda UMNO Pantai Dalam, Kuala Lumpur, berharap penduduk Sungai Air Tawar terus memilih Rizam bagi membolehkannya meneruskan kesinambungan khidmat yang dicurahkan dalam merencana pembangunan di kawasan itu.

Terdahulu, beliau menyertai sesi ‘walkabout’ bersama Rizam di pasar tani Kampung Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar, sambil memperkenalkan sahabatnya itu kepada pengunjung dan peniaga di situ.

Pada hari pengundian 12 Ogos ini, Rizam yang juga Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam dan penyandang kerusi itu sejak 2018, akan bersaing dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Zaidi Selamat. – 3 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related