HEADLINES

Bukit Aman, KL ganding bahu buru suspek kes tembakan di Brickfields, Cheras

Timbalan Ketua Polis KL berkata, setakat ini, masih belum ada suspek yang dikenal pasti dan siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti individu terlibat

7:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan polis Kuala Lumpur sedang bekerjasama bagi memburu suspek yang dikaitkan dengan dua kes tembakan berasingan di Brickfields dan Cheras, di sini, baru-baru ini yang mengorbankan dua individu.

Timbalan Ketua Polis KL, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata beberapa mesyuarat diadakan bagi menyelaras siasatan membabitkan kedua-dua kes itu.

“Setakat ini, masih belum ada suspek yang dikenal pasti dan siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti individu terlibat.

“Bagi kes Cheras, kita juga sedang meneliti beberapa motif kejadian bersama JSJ Sarawak,” katanya ketika dihubungi, hari ini lapor Bernama.

Katanya bagi kes di Cheras, siasatan turut melibatkan semakan motif kejadian bersama JSJ Kontinjen Sarawak.

“Fotofit tidak dapat dijalankan oleh saksi yang berada di kedua-dua lokasi kejadian kerana suspek dalam kes Cheras memakai topeng muka, manakala suspek di Brickfields memakai topi,” katanya.

Dalam laporan media sebelum ini menyebut, kejadian pertama pada 13 Jun lalu telah menyebabkan seorang lelaki maut manakala dua rakannya cedera selepas ditembak individu tidak dikenali ketika sedang bersembang di hadapan sebuah restoran di Brickfields.

Sebaik melepaskan tembakan ke arah tiga mangsa, dua suspek dilaporkan melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Setakat ini, lima individu ditahan bagi membantu siasatan namun mereka dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil.

Pada 17 Jun, empat hari kemudian, dua lelaki maut selepas ditembak di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, kira-kira jam 12.15 tengah malam.

kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menuju ke arah kereta yang diparkir di perkarangan pusat beli-belah berkenaan sebelum dihampiri sekumpulan lelaki memakai topi keledar yang berlari ke arah mangsa.

Mereka kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sehingga kedua-duanya terbaring berlumuran darah. – 27 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related