◉ HEADLINES

Lima termasuk pengerusi agensi kerajaan ditahan, libatkan kerugian RM1.96 juta : SPRM

Semua suspek yang berusia lingkungan 40-an hingga 50-an itu ditahan secara berperingkat kira-kira 11 pagi hingga 12 tengah hari di pejabat SPRM Pulau Pinang semalam dan akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret George Town

4:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu termasuk seorang pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik agensi kerajaan di bawah sebuah kementerian di Pulau Pinang, membabitkan kerugian kira-kira RM1.96 juta.

Menurut sumber, empat individu lain terdiri daripada dua pengarah syarikat, pengurus teknikal dan seorang kerani wanita yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

“Pengerusi agensi kerajaan berusia lingkungan 50-an itu ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukannya ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah untuk meluluskan penjualan lapan lot tanah di Seberang Perai Selatan pada 2015 kepada sebuah syarikat yang disyaki milik sekutunya.

“Individu terbabit juga dipercayai menggunakan kedudukannya dengan terlibat dalam meluluskan penjualan tanah tersebut pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran membabitkan nilai kerugian kira-kira RM1.96 juta,” katanya.

Sumber berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 40-an hingga 50-an itu ditahan secara berperingkat kira-kira 11 pagi hingga 12 tengah hari di pejabat SPRM Pulau Pinang semalam dan akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret George Town, pagi ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related