◉ HEADLINES

MBDK tolak cadangan pembinaan memorial berhampiran Masjid Kampung Raja Uda

Pihak pemaju atau pemohon bagaimanapun boleh memfailkan rayuan kepada Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor dalam tempoh 30 hari

3:44 PM MYT

 

KLANG – Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menolak cadangan pembinaan kompleks penyimpanan abu mayat setinggi empat tingkat bersebelahan Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang dekat sini. 

Datuk Bandar MBDK Datuk Abd Hamid Hussain berkata perkara itu diputuskan sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC) pada Khamis setelah mengambil kira isu teknikal dan bantahan penduduk setempat terhadap pembinaan memorial terbabit. 

“Pihak pemaju atau pemohon bagaimanapun boleh memfailkan rayuan kepada Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor dalam tempoh 30 hari.

“Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Rayuan, mereka boleh memfailkan perkara itu ke mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program “Clean & Green” Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa di sini hari ini. 

Abd Hamid berkata pihaknya telah melaksanakan proses sewajarnya dalam mempertimbangkan permohonan pihak pemaju sebelum membuat keputusan berkenaan.

Pada 6 Jun, media melaporkan penduduk Kampung Raja Uda berhimpun bagi membantah cadangan pembinaan kompleks penyimpanan abu mayat setinggi empat tingkat di atas tanah milik persendirian seluas satu hektar bersebelahan Masjid Kampung Raja Uda.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Raja Uda Azhar Ibrahim dilaporkan berkata sebahagian besar daripada 5,000 penduduk kampung yang tidak bersetuju dengan pembinaan memorial berkenaan telah menghantar lebih 300 notis bantahan secara dalam talian kepada MBDK.

Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri telah mewakili penduduk dalam sesi pendengaran awam dengan pemaju yang dikendalikan Timbalan Datuk Bandar MBDK Mohd Zary Affendi Mohd Arif pada 19 Jun. – 29 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

10 lagu Ramadan nasyid era 90-an ini kembalikan nostalgia kemuliaan bulan penuh barakah

Lagu Ramadan juga sebenarnya mempunyai kekuatan sendiri kerana ia dapat menambah semangat keagamaan serta mengajak kita meningkatkan keimanan

◉ Related