HEADLINES

Apa yang berkuat kuasa hari ini selain SST

Tarif elektrik lebih adil, tali keledar bas ekspres dan permit masuk kenderaan Singapura (VEP) turut berkuat kuasa hari ini

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung bakal menikmati kadar tarif elektrik lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelarasan itu meliputi perubahan kategori pengguna yang terbahagi kepada domestik dan bukan domestik berdasarkan penggunaan voltan sama ada voltan rendah sederhana dan tinggi.

Menurut Suruhanjaya Tenaga (ST), pelarasan kadar purata tarif asas ditentukan berdasarkan anggaran kos pembekalan elektrik bagi tempoh Tempoh Kawal Selia 4 (RP4), dan ditetapkan pada kadar 45.40 sen/kWj berbanding 45.62 sen/kWj yang diluluskan pada Disember 2024, menjadikan purata kos keseluruhan tarif elektrik berkurangan hingga 19 peratus berbanding tempoh RP3.

Kini pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga boleh meneliti secara terperinci setiap sen yang dibelanjakan bagi penggunaan elektrik menerusi format bil baharu yang lebih menyeluruh dengan pelaksanaan struktur tarif eletrik baharu yang diumumkan ST.

Tiga pindaan SST

Pada hari ini juga, memetik laporan BH, kerajaan menguatkuasa tiga pindaan utama kepada peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Kenyataan Kementerian Kewangan (MoF) baru-baru ini menyebut, pindaan itu membabitkan pengecualian cukai jualan ke atas buah-buahan import terpilih seperti epal, oren, limau mandarin dan kurma sebagai sebahagian daripada buah-buahan import terpilih yang dikecualikan cukai.

Pindaan lain membabitkan kenaikan ambang jualan tahunan bagi pendaftaran cukai perkhidmatan, serta pembatalan cadangan peluasan cukai perkhidmatan kepada sektor kecantikan.

Perkhidmatan perbankan turut akan dikenakan SST 8% namun hanya tertakluk kepada perkhidmatan tertentu, bukannya asas yang biasa digunakan orang ramai.

Perkhidmatan perbankan asas yang membabitkan fi atau komisen seperti akaun semasa (akaun cek), akaun simpanan, atau akaun serupa termasuk e-dompet, tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

Di bawah fasa 1 peluasan skop cukai perkhidmatan, ia akan dikenakan hanya kepada perkhidmatan perbankan perbendaharaan, korporat dan pelaburan terpilih seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A panduan cukai perkhidmatan mengenai perkhidmatan kewangan.

Tali keledar bas ekspres

Bermula hari ini juga, pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas pesiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar.

Mengikut arahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pemandu perlu memastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar. Mereka yang ingkar akan dikenakan kompaun RM300.

Penguatkuasaan itu terpakai bagi bas dibina selepas Januari 2020, manakala bas dibina sebelum 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali pinggang keledar.

Permit Kemasukan Kenderaan (VEP)

Kerajaan menguatkuasakan sepenuhnya Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula hari ini bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Jika kenderaan persendirian memasuki Malaysia tanpa VEP yang sah, mereka akan dikenakan denda RM300 dan denda itu perlu dijelaskan sebelum meninggalkan negara, termasuk disekat keluar.

Terkini sebanyak 42,416 atau 17.07% tag VEP bagi kenderaan persendirian individu berdaftar di Singapura belum diaktifkan setakat 29 Jun lalu, meskipun penguatkuasaan penuh sistem itu bermula hari ini. – 1 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related