◉ HEADLINES

Cubaan rompak guna parang gagal, mangsa lepaskan tembakan

Rakaman CCTV menunjukkan empat lelaki melarikan diri selepas mangsa yang diserang melepaskan tembakan

4:52 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Cubaan empat lelaki bersenjatakan parang untuk merompak gagal apabila salah seorang mangsa melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.

Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Johor Bahru kira-kira jam 12.10 pagi semalam, lapor FMT.

Kejadian yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit itu menunjukkan empat lelaki bertopeng, masing-masing bersenjatakan parang, keluar dari sebuah kereta dan mula memecahkan tingkap sebuah kenderaan lain di tempat letak kereta.

Secara tiba-tiba seorang penumpang di dalam kenderaan yang diserang dilihat melepaskan beberapa das tembakan ke arah penyerang.

Tindak balas mengejutkan ini menyebabkan tiga daripada penyerang melarikan diri menggunakan kereta mereka manakala seorang lagi berlari ke arah jalan.

Difahamkan, terdapat tiga lelaki di dalam kereta yang diserang. Seorang daripada mereka kemudian keluar dan melarikan diri, manakala dua lagi keluar sebentar sebelum memandu meninggalkan lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, M Kumarasan berkata, polis sedang menyiasat insiden terbabit. – 4 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

Sedia pinda undang-undang kekang jenayah babit pesakit mental: Dzulkefly

Dzulkefly tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu didakwa mengalami masalah kesihatan mental, menggunakan 'tiket sedemikian' untuk melakukan jenayah, namun sebarang pindaan perlu diperhalusi

◉ Related