HEADLINES

Zaliha nafi Madius Tangau dilantik Pengerusi baharu Perbadanan Labuan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkata kerajaan masih dalam proses menilai beberapa calon berkelayakan untuk mengisi jawatan itu

1:53 PM MYT

 

LABUAN – Tiada sebarang pelantikan dibuat setakat ini tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan khabar angin bahawa Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau telah mengisi jawatan sebagai Pengerusi baharu Perbadanan Labuan (PL).

Beliau menjelaskan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Wilayah Persekutuan masih dalam proses menilai beberapa calon berkelayakan untuk mengisi jawatan kepimpinan di pihak berkuasa tempatan Labuan itu.

“Khabar angin dan spekulasi yang tular mengenai Ahli Parlimen Tuaran akan memegang jawatan tersebut adalah tidak benar.

“Beberapa individu berpotensi sedang dinilai secara teliti untuk jawatan Pengerusi,” katanya dalam kenyataan memetik laporan Bernama.

Tegas Zaliha, kerajaan komited dalam mengenal pasti calon paling sesuai yang mampu berkhidmat demi kepentingan pembangunan sosioekonomi Labuan.

“Kami benar-benar memberi perhatian terhadap pemilihan calon terbaik untuk menerajui Perbadanan Labuan, iaitu seseorang yang berkeupayaan memacu pertumbuhan pulau ini dan memenuhi keperluan komuniti setempat,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan berita tidak berasas dan spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penduduk Labuan.

Jawatan Pengerusi PL kini kosong susulan tamatnya tempoh perkhidmatan bekas Ahli Parlimen Kimanis, Tan Sri Anifah Aman bulan lepas.

Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023. – 5 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Don’t add fuel to the haze: public urged to stop open burning as air quality dips

Winds from Sumatra carry smoke across west coast as dry spell worsens conditions

Related