HEADLINES

Penceramah bebas ditahan polis: tauliah mengajar di Selangor ditarik balik pada 2022, jelas Mais

Suspek juga pernah ditangkap pada 2003 kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah di Selangor

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah menarik balik tauliah mengajar kepada seorang ‘ustaz’ yang ditahan oleh polis kerana disyaki terlibat dalam perbuatan jenayah, pada 2022.

Pengerusi Mais, Datuk Salehuddin Saidin berkata, suspek juga pernah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada September 2024 kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah yang bersalahan dengan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan kes tersebut masih di peringkat perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah.

Beliau berkata, dalam kes tersebut, seorang individu yang juga salah seorang pentadbir surau turut disiasat kerana disyaki telah menyebabkan ceramah tanpa tauliah tersebut berlaku.

“Mais menegaskan pihak Jais sentiasa memantau rapat perkara tersebut dan tindakan undang-undang dan tatatertib yang sewajarnya akan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat.

“Mais kesal terhadap sikap beberapa individu yang masih terus mengajar agama Islam di Selangor walaupun tidak mempunyai tauliah mengajar ataupun tarikh tauliahnya telah luput,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan polis menahan seorang penceramah bebas berusia 39 tahun selepas disyaki menyebarkan video seks bersama empat isteri.

Penceramah itu direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 509 Kanun keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Dalam pada itu, Salehuddin memberitahu, sejak 2022, Mais telah menarik balik tauliah mengajar agama melibatkan 35 individu kerana beberapa kesalahan melibatkan perlanggaran syarat tauliah mengajar, melakukan pengajaran yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, melakukan perbuatan jenayah dan memegang jawatan dalam politik.

Tegasnya, masih terdapat penceramah bertauliah yang melanggar syarat tauliah dan etika yang ditetapkan dan ia berlaku kerana ada segelintir pentadbir masjid dan surau yang tidak mengambil berat untuk memantau penceramah-penceramah yang mengajar.

“Sikap sebegini hanya mengundang persepsi negatif masyarakat dan memberi imej yang buruk terhadap agama Islam dan agensi Islam dan jika dibiarkan ia boleh menyumbang kepada berlakunya penyelewengan dalam pengajaran agama Islam yang sebenar mengikut pegangan Ahli Sunnah Waljamaah yang boleh menjejaskan akidah umat Islam. – 6 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related