◉ HEADLINES

6 beranak termasuk bayi usia enam bulan dikhuatiri hilang

Mohd Azim, isteri serta empat anak mereka gagal dikesan sejak Sabtu lalu

8:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR —  Enam beranak termasuk seorang bayi berusia enam bulan dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi oleh ahli keluarga yang lain apabila tidak pulang ke rumah di Jerlun, Kedah, sejak Sabtu lepas.

Kehilangan Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka yang berusia enam bulan hingga sembilan tahun itu disedari selepas bermalam di rumah ahli keluarga yang lain di Taman Aman di Jitra.

Menurut adik kepada Mohd Azim Ezzat, Nur Adliah Shuhada, 20-an, abangnya sekeluarga datang bermalam di rumahnya seperti kebiasaan pada Jumaat.

“Saya sangka mereka dah pulang ke Jerlun sebab abang yang bekerja sebagai pengawal keselamatan biasanya akan keluar awal pagi dan kakak ipar pula berniaga. Bila ibu mentua abang hubungi saya dan beritahu mereka tak sampai ke rumah, saya mula bimbang dan cuba hubungi mereka tapi gagal.

“Kemudian saya dapat maklumat mengenai sebuah kereta Proton Saga di dalam Sungai Korok (di Jitra), tetapi nombor pendaftaran tak sama dengan kereta abang,” katanya, lapor Bernama.

Berikutan itu, kata Nur Adliah Shuhada, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jitra berhubung kehilangan keluarga abangnya itu.

“Saya juga ada buat hebahan mengenai kehilangan mereka di Facebook dan setakat pukul 10.30 malam tadi, mereka masih gagal dikesan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan pasangan suami isteri bersama empat anak mereka. – 7 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related