◉ HEADLINES

Bilangan penganggur menurun 0.7% pada Mei 2025: DOSM

Ketua Perangkawan berkata, ia mencerminkan prestasi ekonomi Malaysia yang positif dan memberangsangkan

4:17 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Bilangan penganggur terus menurun sebanyak 0.7% pada Mei 2025 kepada 522,400 orang berbanding 525,900 pada April, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Statistik Tenaga Buruh Mei 2025 yang dikeluarkan DOSM hari ini menunjukkan kadar pengangguran pada bulan ini kekal 3.0% seperti pada April.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bilangan penduduk bekerja terus bertambah pada Mei 2025, naik sebanyak 0.3% kepada 16.86 juta orang berbanding 16.82 juta yang direkodkan pada April 2025.

“Penurunan pengangguran yang berterusan diiringi pertambahan dalam guna tenaga mencerminkan prestasi ekonomi Malaysia yang positif dan memberangsangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Melihat kepada prestasi guna tenaga mengikut sektor ekonomi, beliau berkata bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan menunjukkan trend peningkatan konsisten, terutamanya aktiviti penginapan dan perkhidmatan makanan & minuman; perdagangan borong dan runcit; dan pengangkutan & penyimpanan.

“Pada masa yang sama, sektor pembuatan, pembinaan, pertanian, dan perlombongan & pengkuarian turut merekodkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja pada bulan berkenaan,” katanya.

Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun turun kepada 10.2% pada Mei 2025, dengan 297.700 penganggur belia (April: 298.300). 

Bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun, kadar pengangguran kekal pada 6.2%, mencatatkan 399.000 orang (April: 400.600) 

Mohd Uzir berkata pasaran buruh negara dijangka terus berkembang dan kekal berdaya tahan pada bulan-bulan yang akan datang, disokong oleh dasar kerajaan, kestabilan makroekonomi serta pelaburan dalam modal insan.

“Walaupun berdepan cabaran global yang berterusan, asas domestik yang kukuh dan pelaburan dalam modal insan membantu mengekalkan kestabilan dan prestasi pasaran buruh yang kukuh.,” katanya. – 10 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related