HEADLINES

Anwar berdepan konflik kepentingan lantik hakim kerana kes sivil: Hamzah

Ketua pembangkang itu turut menggesa perdana menteri interim dilantik untuk menjalankan tanggungjawab

8:05 PM MYT

 

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan konflik kepentingan berhubung peranannya dalam isu pelantikan hakim-hakim tertinggi susulan kes sivil beliau yang masih tertangguh di mahkamah.

Keadaan ini menimbulkan rasa curiga tentang wujudnya campur tangan politik dalam soal pelantikan hakim, kata Hamzah.

Beliau merujuk kepada permohonan lapan persoalan undang-undang Anwar kepada Mahkamah Persekutuan, termasuk sama ada beliau mempunyai kekebalan atau imuniti daripada tindakan sivil sebagai perdana menteri.

“Sehubungan itu, disarankan agar perdana menteri mengambil cuti dan seorang perdana menteri interim dilantik untuk menjalankan tanggungjawab, khususnya di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

“Ini akan menghilangkan prejudis terhadap proses pelantikan hakim dan persepsi umum yang mengaitkan perdana menteri terlibat menentukan hakim-hakim yang akan membicarakan kes beliau,” kata Timbalan Presiden Bersatu itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini lapor FMT.

Tambah beliau langkah tersebut penting demi menjaga integriti, kebebasan dan kemuliaan institusi kehakiman negara.

Sebelum ini, terdapat gesaan agar siasatan dilakukan melalui Suruhanjaya Siasatan Diraja dan pendengaran jawatankuasa Parlimen berhubung kelewatan pelantikan ke jawatan kehakiman tertinggi, termasuk Ketua Hakim Negara.

Selepas persaraan Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Malaya Hasnah Hashim kini memangku tugas sebagai Ketua Hakim Negara, manakala Hakim Mahkamah Persekutuan Zabariah Yusof pula memangku tugas sebagai Presiden Mahkamah Rayuan berikutan persaraan Abang Iskandar Abang Hashim minggu lalu.

Terdahulu, Istana Negara menggesa semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu berkenaan, dengan menegaskan bahawa pelantikan sedemikian perlu ditangani secara cermat dan berintegriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. – 10 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related