HEADLINES

Anak syarikat MRCB, ISSB bekerjasama majukan Ipoh Sentral dengan GDV RM6.25 bilion

Perjanjian ini dilaksanakan susulan pemeteraian memorandum persefahaman pada 23 Jan, 2025

8:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Country Annexe Sdn Bhd (CASB) dan Ipoh Sentral Sdn Bhd (ISSB) akan bekerjasama membangunkan Ipoh Sentral di Perak.

Pembangunan berkenaan melibatkan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM6.25 bilion.

Hari ini, CASB memeterai perjanjian usaha sama pembangunan (JVDA) dengan ISSB bagi merasmikan kerjasama mereka dalam cadangan pembangunan bercampur Ipoh Sentral.

Perjanjian ini dilaksanakan susulan pemeteraian memorandum persefahaman pada 23 Jan, 2025.

“Kerjasama yang dicadangkan ini selaras dengan strategi korporat syarikat khususnya dalam memberi tumpuan kepada pertumbuhan mampan, kepelbagaian portfolio dan pembangunan berpusatkan komuniti.

“Dengan memanfaatkan kecekapan teras dan kepakaran industri yang dimiliki, syarikat berhasrat meningkatkan prestasi kewangan sambil mewujudkan nilai jangka panjang untuk pemegang saham, pihak berkepentingan dan komuniti yang diberikan khidmat,” kata MRCB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat menekankan kerjasama yang dicadangkan ini merupakan peluang strategik untuk pengembangan yang menguntungkan.

“Permintaan yang semakin meningkat terhadap pembangunan berorientasikan transit (TOD) menawarkan prospek pelaburan yang menarik serta penjanaan hasil yang mampan dalam jangka panjang,” katanya.

MRCB menjangkakan kerjasama yang dicadangkan ini membolehkan syarikat mengembangkan kepakarannya dalam pembangunan berorientasikan TOD bagi membangunkan serta membina hab pengangkutan moden yang menghubungkan pelbagai mod pengangkutan.

Selain itu, MRCB juga menjangkakan peningkatan kualiti hidup rakyat melalui pembangunan bersepadu tersebut.

“Projek TOD ini juga akan menjana pendapatan berulang sepanjang tempoh pembangunannya dan berperanan untuk menonjolkan keupayaan syarikat dalam pembangunan hartanah, kejuruteraan serta pembinaan,” katanya.

Syarikat itu berkata kerjasama yang dicadangkan ini turut meningkatkan secara signifikan simpanan tanah syarikat sekali gus memberikan akses kepada tambahan bidang tanah utama.

Jumlah tempoh pembangunan selama 20 tahun bermula dari tarikh pemenuhan syarat. – 11 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related