◉ HEADLINES

Poobalan persoal peruntukan untuk usahawan muda komuniti India di Selangor

Poobalan PannirSelvam T mempersoalkan berapa ramai usahawan muda India memperoleh manfaat daripada program yang dilaksanakan itu

3:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Blok pembangkang di Selangor mempersoalkan berapa ramai usahawan muda dalam kalangan komuniti India memperoleh manfaat daripada beberapa program yang diadakan untuk usahawan muda di negeri berkenaan.

Pegawai khas kaum India bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Poobalan PannirSelvam T berkata, kerajaan negeri telah mengumumkan pakej tambahan bagi membantu usahawan muda di Selangor dengan jumlah bajet RM 4.4 juta melalui Program Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS), Latihan Keusahawan, Promosi Usahawan dan Pembangunan Produk.

Program itu, katanya, merangkumi segala aspek bagi pembentukan seorang usahawan muda yang berjaya namun jika mengambil kira 12% komposisi penduduk India di Selangor, jumlah tambahan yang seharusnya diperuntukkan ialah RM528,000.

“Namun berapa ramai usahawan muda komuniti India memperoleh manfaat daripada program ini,’’ soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Poobalan, baru-baru ini media melaporkan kerajaan Selangor memperuntukkan lebih RM14 juta pada 2025 bagi melaksanakan pelbagai program dan inisiatif khusus untuk manfaat masyarakat India di negeri itu.

“Ada beberapa faktor yang kurang memuaskan dari segi penjelasan fakta kewangan dan apakah inisiatif tambahan bagi penambahbaikan status ekonomi komuniti India di Selangor.

“Mengikut Pembentangan Bajet Selangor 2025, RM1.3 bilion diperuntukkan bagi tujuan pembangunan dengan RM14 juta telah dibelanja sehingga tempoh 6 bulan pertama ini.

“Jika dianggarkan sehingga hujung tahun 2025, kemungkinan besar jumlah perbelanjaan bagi komuniti India di Selangor akan mencecah RM25 juta, iaitu hanya 0.02% daripada jumlah peruntukan bagi pembangunan iaitu RM 1.3 bilion,’’ katanya.

Beliau berkata, terdapat juga satu peruntukan yang besar bagi tujuan sosial, kesihatan, pendidikan dan luar bandar dan jika 12% digunapakai untuk mengetahui jumlah peruntukan maka RM548 juta merupakan suatu amaun anggaran.

Jumlah itu, katanya difahamkan telah dicampurkan dengan pelbagai inisiatif Kerajaan Selangor tetapi apakah tahap efektifnya dana ini sampai kepada Komuniti India di Selangor.

“Program Sosial seperti Program Kesedaran Minda dan Program Kesedaran Pengaruh Sosial Media harus diperbanyakkan untuk membentuk suatu Komuniti yang lebih progresif dan berperikemanusiaan,’’ katanya. – 12 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Southern Tigers ready to do what it takes to keep Bergson in JDT

The 34-year-old Brazilian is currently being targeted by Sport Club do Recife from Brazil’s top football league

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related