HEADLINES

Tun Mahathir keletihan, tinggalkan program lebih awal kini berehat di IJN

Bekas Perdana Menteri itu tidak mengalami masalah kesihatan namun agak keletihan selepas menghadiri satu program semalam ditambah kurang tidur

2:49 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa meninggalkan program Picnic & Potluck lebih awal dari jadual selepas dilaporkan sedikit keletihan pagi tadi.

Acara yang berlangsung di Tasik Putrajaya bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana itu diadakan bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu serta ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 12 Julai lepas.

Tun Mahathir yang tiba seawal jam 7.45 pagi dengan memandu sendiri sebelum mengayuh basikal secara ‘tandem’ di sekitar tasik diiringi pegawai keselamatan khas.

Bagaimanapun, selepas berkayuh sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat seketika di kerusi yang disediakan penganjur sebelum menuju ke meja hidangan yang disediakan.

Perdana Menteri keempat dan ketujuh negara itu turut ditemani Siti Hasmah, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta anak beliau, Tan Sri Mokhzani Mahathir yang sedia menanti di meja sarapan.

Dianggarkan lebih 500 pengunjung hadir memeriahkan program dengan membawa pelbagai makanan untuk bersarapan secara santai bersama keluarga dan pemimpin lagenda negara itu di tepi tasik.

Mengikut laporan media, beliau dilihat meninggalkan program kira-kira jam 10 pagi sebelum sempat beramah mesra dan bergambar dengan orang ramai yang hadir ke program itu.

Susulan itu, Tun Mahathir Mohamad kini sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu disahkan oleh pembantunya, Sufi Yusoff kepada media sebentar tadi.

Menurut Sufi, Tun Mahathir dimasukkan ke IJN sekitar jam 10 pagi selepas menghadiri program Picnic & Potluck di Putrajaya.

Terdahulu, Mokhzani ketika ditemui berkata, bapanya tidak mengalami masalah kesihatan namun agak keletihan selepas menghadiri satu program semalam ditambah pula kurang tidur.

Pagi ini pula katanya, Tun Mahathir terus berkayuh agak jauh, hingga menyebabkan beliau sedikit letih.

Mokhzani berkata selepas bersarapan dan menjamah sedikit kuih-muih serta kopi, bapanya kembali segar. – 13 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related