◉ HEADLINES

PM pengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146

Mesyuarat berkenaan menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, khususnya dalam menyelaras dasar serta inisiatif pembangunan secara bersama

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-146, di Putrajaya.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata mesyuarat berkenaan menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, khususnya dalam menyelaras dasar serta inisiatif pembangunan secara bersama.

“Melalui sinergi ini, kita dapat memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negara berjalan lancar, menyeluruh dan inklusif demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Malaysia secara keseluruhan,” kata beliau. 

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. – 14 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related