◉ HEADLINES

Majlis Raja-Raja dijangka umum pelantikan Ketua Hakim baharu esok: PM

Pengumuman itu diharapkan dapat menamatkan persepsi negatif berkaitan isu kebebasan badan kehakiman yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini

6:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja dijangka mengumumkan pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman yang baharu esok,’’ kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, pengumuman itu diharapkan dapat menamatkan persepsi negatif berkaitan isu kebebasan badan kehakiman yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

“Pagi ini saya sudah berbincang panjang dengan Majlis Raja-Raja dan saya fikir biarlah mereka yang membuat keputusan dan esok, mudah-mudahan akan ada satu pengumuman yang akan menolak semua persepsi negatif terbabit.

“Insya-Allah, apabila pengumuman dibuat nanti, ia akan membuktikan bahawa Kerajaan Madani benar-benar komited kepada reformasi termasuk prinsip kebebasan bahan kehakiman.

“Mudah-mudahan esok akan ada pengumuman yang jelas akan menghapuskan apa yang dipanggil persepsi negatif,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Tadbir Urus dan Integriti 2025 di Putrajaya, hari ini.

Anwar berkata, beliau tidak pernah membincangkan terperinci mengenai pelantikan ketua hakim negara baharu sejak menerajui negara lebih 30 bulan lalu.

“Saya memberi jaminan bahawa sekarang saya lebih daripada dua setengah tahun memegang jawatan, saya tidak membincangkan secara mendalam satu kes, bukan dengan hakim, bukan dengan sesiapa pun. Saya di sini bukan untuk melupuskan kebebasan kehakiman.

“Kebimbangan mereka kerana kelewatan pelantikan dan kedua kerana pengecualian beberapa pelantikan ke jawatan penting dalam badan kehakiman mungkin agak terjejas. Saya memberi jaminan, ini tidak berlaku,’’ katanya. – 15 Julai, 2025


Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

◉ Related