HEADLINES

Suami isteri pengasas eHati, anak antara 6 direman 3 hari

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengaibkan kehormatan seseorang; Seksyen 294 Kanun Keseksaan iaitu berkelakuan tidak senonoh dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955

2:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam individu termasuk suami isteri pengasas program motivasi rumah tangga eHati, anak mereka serta tiga individu lain direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Majistret Ameera Mastura Khamis mengeluarkan perintah reman selepas semua suspek terdiri empat wanita dan dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.

Semua individu berusia 26 hingga 57 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengaibkan kehormatan seseorang; Seksyen 294 Kanun Keseksaan iaitu berkelakuan tidak senonoh dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mereka tiba di mahkamah pada jam 11 pagi tadi bagi permohonan reman.

Semalam, peguam Datuk M Reza Hassan, berkata beliau mewakili empat individu iaitu pasangan suami isteri pengasas syarikat berkenaan bersama anaknya dan seorang peserta program terbabit.

“Pihak kami memfailkan permohonan mengkaji semula keputusan Majistret yang membenarkan reman selama tiga hari.

“Salah seorang anak guam saya sudah mengemukakan laporan perubatan kerana tidak sihat, namun tidak diterima mahkamah, sebab itu kami memfailkan permohonan mengkaji semula keputusan itu,” katanya ketika ditemui selepas proses reman di mahkamah lapor BH.

Semalam, pasangan pengasas itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Kedua-dua mereka ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam selepas memberi keterangan di IPD Petaling Jaya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dilaporkan meminta Jabatan Agama Islam Selangor menyiasat dakwaan aktiviti tidak bermoral yang berlaku semasa penganjuran program eHati di sebuah pusat konvensyen. – 16 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related